‘Harga saing-saing Rolls Royce, ini kereta jenama Bufori buatan Malaysia ramai tak tahu

by Oh! Semput


8
SHARES
105
VIEWS
Posted on 19 Sep 2024 11:31:03

Sebagai peminat kereta, jenama-jenama terkemuka dunia seperti Rolls Royce dan Bugatti mungkin sering dikenali di jalan raya.

Sekali pandang sahaja, kita sudah boleh tahu model dan jenama kereta mewah tersebut.

Tapi, tahukah anda bahawa Malaysia juga mempunyai jenama kereta mewah sendiri?

Ya, jenama itu adalah Bufori, yang merupakan kereta mewah buatan tangan dari Malaysia.

Harganya memang sangat mahal. Jika anda ingin tahu berapa harga Bufori, boleh tengok video @ricxxxkiddo di bawah.

'Harga saing-saing Rolls Royce, ini kereta jenama Bufori buatan Malaysia ramai tak tahu

Harga Bufori memang sangat tinggi, dengan model asas bermula dari RM850,000. Itu belum termasuk aksesori tambahan lagi. Kereta klasik seperti ini mempunyai peminat tersendiri, dan sebab itu harga kereta ini begitu tinggi.

Melihat dari video tersebut, Bufori kelihatan agak panjang. Kereta klasik biasanya mempunyai reka bentuk depan yang panjang, dan untuk mengekalkan rupa asal, saiznya juga perlu dikekalkan.

Memang benar apa yang pernah dibaca, bahawa harga sebuah kereta sepatutnya setara dengan gaji setahun. Jadi, jika seseorang membeli Bufori, agak-agak berapa gaji setahun mereka?

Saya sudah sebutkan bahawa kereta ini jarang dilihat di jalan raya. Mungkin hanya ada beberapa unit sahaja. Biasanya, pemilik kereta mewah seperti ini tidak akan menggunakannya setiap hari.

BACA: “Ini anak-anak ada ibu dan ayah bukan anak-anak ayam” – Sultan Pahang

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts