Haruman Lelaki Terbaik, Dior Sauvage Parfum

by Oh! Semput


0
SHARES
6
VIEWS
Posted on 24 Jun 2022 14:00:36

Kita sering dengar haruman dihasilkan daripada inspirasi sesuatu aroma atau memori yang sentiasa dekat di hati dari zaman kanak-kanak misalnya. Aroma bunga kegemaran ibu, biskut yang hanya nenek kita tahu rahsia penyediannya, gula-gula dari kedai kecil di pekan dan sebagainya. Berbeza dengan François Demanchy, pencipta minyak wangi Dior, dia mendapat inspirasi daripada kawasan yang lapang. Entah bagaimana dia mentafsirkan aroma kawasan lapang hingga terhasilnya Sauvage Parfum? Begini kisahnya… Imej yang tersemat di peti mindanya, keluasan serta keadaan alam semula jadi di Barat Amerika membuatkan dia merasa kehadiran alam dengan mendalam. Api yang membara, kawasan lapang seluas mata memandang, kasar dan menakjubkan pada masa yang sama. Berinspirasikan itu maka terhasillah haruman yang mempunyai godaan tersendiri daripada gabungan bahan semula jadi yang kualitinya sukar disangkal, komposisi asli serta bertaraf tinggi. Adunan limau Mandarin segar dan tajam menusuk deria melapisi nota atas haruman maskulin ini. Di tengahnya atau apa yang dipanggil jiwa Sauvage Parfum adalah aroma kulit yang dilengkapi dengan aroma vanila. Menurut François, aroma vanila ini tidak manis seperti yang biasa kita tahu tetapi mempunyai kualiti yang lebih liar. Kayu cendana melengkapi haruman menambah kehangatan pada Sauvage. Cendana bukan sejenis pohon yang mudah terdapat di mana-mana, malah untuk menuai minyaknya, anda harus menunggu lebih 20 tahun lamanya. Itu pun tidak semua pohon cendana menghasilkan minyak malah cendana tidak mampu hidup lama. Kerana itu Dior membina tapak semaian cendana dan apabila pokok cendana tumbuh setinggi satu meter, ia dipindahkan ke hutan untuk tumbuh dengan semula jadi. Tidakkah usaha memelihara pokok ini membuatkan Sauvage lebih menarik? Atau mungkin kehadiran Johnny Depp sebagai wajah di dalam kempen Sauvage menjadikan haruman ini lebih menggoda? Apa jua alasannya, yakinlah keputusan anda memilih Sauvage adalah tepat.

SHOP NOW

EH! Best of Beauty 2022

Haruman Lelaki Terbaik, Dior Sauvage Parfum EH!.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts