Hazwan Bakri pemain terbaik di Malaysia

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 03:00:19


Hazwan Bakri dinobatkan selaku Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 

SHAH ALAM: Tahun 2016 nyata menjadi detik gemilang buat bekas penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri selepas meraih dua anugerah berganda pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 yang berlangsung di sini, malam tadi.

Baca artikel berkaitan:

Anak kelahiran Labuan yang kini menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bukan sahaja menggondol anugerah Penyerang Terbaik namun turut dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai pada malam penuh berprestij itu.

Pemain berusia 25 tahun itu muncul sebagai pemain The Red Giants paling menyerlah pada musim ini dengan meledak tujuh gol selain mencatat persembahan memberangsangkan ketika menggalas tugas selaku penyerang nombor satu skuad Harimau Malaysia.

Bagaimanapun, pasukan Harimau Selatan sekali lagi mendominasi anugerah selepas merangkul enam anugerah daripada 25 pencalonan menerusi Safiq Rahim selaku Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Import Terbaik dan

Penjaring Terbanyak Import Liga Super yang dianugerahkan kepada pemain Argentina, Jorge Pereyra Diaz.

Malah, kejayaan mereka menamatkan saingan Liga Super tanpa kalah sekali gus melengkapkan hatrik Liga Super dan meraih kejayaan berganda dengan memenangi Piala FA membolehkan mereka dinobatkan selaku Pasukan Bola Sepak Terbaik.

Sementara itu, juara Piala Malaysia, Kedah turut boleh mendabik dada selepas jurulatihnya, Tan Cheng Hoe dipilih selaku Jurulatih Terbaik dan pemain terbaik final Piala Malaysia, Rizal Ghazali merangkul gelaran individu keduanya apabila muncul selaku Pertahanan Terbaik.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kembali meletakkan dirinya selaku penjaga gol nombor satu negara dengan anugerah Penjaga Gol Terbaik sementara seorang lagi bintang baharu JDT, Safawi Rasid yang sebelum ini beraksi bersama T-Team dinobatkan selaku Pemain Muda Terbaik.

Bagi anugerah lain, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super menjadi milik pemain Perak, Fazrul Hazli Abd Kadir sementara pemain Kuantan FA, Abd Malik Mat Ariff menggungguli kategori Liga Perdana.

Seperti diduga, penggempur Melaka, Ilija Spasojevic menerima anugerah Penjaring Terbanyak Import Liga Perdana dengan pasukan terbabit turut merangkul anugerah Penyokong Terbaik.

Senarai PenuhPemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 :

  • Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
  • Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
  • Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)
  • Pertahanan Terbaik: Rizal Ghazali (Kedah)
  • Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Pemain Import Terbaik: Jorge Pereyra Diaz (JDT)
  • Pemain Muda Terbaik: Safawi Rasid (T-Team)
  • Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)
  • Penjaring terbanyak tempatan Liga Super: Fazrul Hazli Abd Kadir (Perak)
  • Penjaring terbanyak import Liga Super: Jorge Pereyra Diaz (JDT)
  • Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana: Abd Malik Mat Ariff (Kuantan FA)
  • Penjaring terbanyak import Liga Perdana: Ilija Spasojevic (Melaka)
  • Anugerah Fair Play: NegeriSembilan
  • Kelab Penyokong Terbaik: Melaka
  • Pasukan Bola Sepak Terbaik: JDT
  • Laman web terbaik: JDT
  • Laman sosial terbaik: JDTí

LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts