Hebatnya Kamu…..Dina Nadzir Bakal Comeback Bersama Artis Korea-Lunafly?

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 16:00:35



Dalam diam, penyanyi Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai penyampai radio di stesen radio nombor satu Malaysia, ERA FM iaitu Dina Nadzir dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk membuat comeback sebagai penyanyi. Menariknya, penampilan semula Dina yang mahu kembali aktif sebagai penyanyi dengan mengeluarkan lagu baru bakal melibatkan artis popular dari Korea Selatan iaitu Lunafly.

 

Dina & Luna Fly.

EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A dimaklumkan Dina yang kini sudah aktif mengadakan persembahan dengan pengurusan barunya itu sedang mencari material terbaik untuk lagu barunya. Dina pun seorang penyanyi yang banyak menampilkkan lagu-lagu hebat seperti Cinta Datang Lagi, Wanita Besi dan banyak lagi. Oleh itu, Dina difahamkan berminat untuk berkolaborasi dengan Lunafly yang dahulu trio dan kini duo di Korea Selatan.

Bagaimanapun, kolaborasi berkenaan masih lagi belum disahihkan lagi kerana pihak Dina masih belum kenal pasti jenis kolaborasi berkenaan. Dina masih belum mempunyai kata putus Sama ada Dina mahu berduet atau menyanyikan lagu yanng dicipta oleh Lunafly. Malah bahasa yang bakal dinyanyikan oleh Dina pun masih belum tahu. Nampaknya jikalau Benar Dina mahu nyanyi lagu Korea, Adakah Dina bakal turut sertai Sarah Suhairi dengan berguru bersama Hyunmin-A?

 

Aksi DIna mengadakan persembahan baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, sumber turut memberitahu Kolaborasi ini tercetus apabila Dina pernah berjumpa dengan Lunafly sewaktu kumpulan ini datang ke Malaysia beberapa tahun yang lalu. Waktu itu, LUNAFLY masih lagi aktif bertiga. Malah, Dina juga dikatakan berminat dengan lagu-lagu yang dicipta ahli Lunafly iaitu Sam Carter yang berdarah kacukan British dan Korea. Ironinya, Sam dan Dina mempunyai banyak persamaan kerana selain aktif sebagi penyanyi dan produser muzik, Sam juga adalah seorang penyampai radio di stesen radio ARIRANG Korea.

 

Sam yang fasih berbahasa Inggeris dan kini aktif menyayi lagu OST drama Korea.

 

Semoga kolaborasi ini menjadi kenyataan tidak kiralah sama ada Dina berduet atau pun menyanyikan lagu hasil ciptaan Lunafly. Lagi pun, hasrat ini sudah pun dimaklumkan memandangkan kenalan Dina juga seorang yang sangat aktif dalam arena muzik K-POP.

Hebatnya Kamu…..Dina Nadzir Bakal Comeback Bersama Artis Korea-Lunafly? EH!.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...