#Hiburan: “Cantik-Cantik Semuanya” – Dulu Aktif Di TikTok, Kini The Sara Sisters Dah Jadi Penyanyi Pop

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 16:01:55

Jika anda gemar melayari aplikasi TikTok, pastinya mengenali figura empat adik beradik yang dikenali sebagai The Sara Sisters ini.

Dikenali sebagai personaliti media sosial yang menampilkan kandungan hiburan ‘trending’ dan menarik di TikTok, wajah dan persona cantik yang dimiliki adik beradik ini pastinya sentiasa menarik perhatian warga maya.

Advertisement

Difahamkan, The Sara Sisters akan mengorak satu langkah ke hadapan apabila syarikat hiburan iaitu Rocketfuel Entertainment telah menyunting mereka untuk menjadi penyanyi pop bagi menyinari lagi industri muzik tempatan.

Salah seorang daripada The Sara Sisters, Sara Jasmin yang ditemui media memaklumkan bahawa mereka tidak menyangka akan mendapat peluang untuk bernaung di bawah syarikat itu.

Ini menjadikan mereka kumpulan artis pop pertama yang terdiri daripada adik beradik.

Kata Sara lagi, ramai yang menyangka bahawa mereka merupakan adik beradik kembar namun hakikatnya masing-masing lahir pada tahun yang berbeza.

@thesarasisters_

#thesarasisters #tss

? That’s Not My Name – The Ting Tings

Walaupun mempunyai raut wajah seiras, masing-masing ada perwatakan berbeza. Sara Jasmin lebih prihatin, Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila ‘happy-go-lucky’ dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan yang tinggi.

Mengakhiri perbualan, Sara Qaleesya pula memaklumkan bahawa mereka ingin fokus terhadap bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lain.

“Sebagai kumpulan empat beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu beri saingan sihat kepada ‘band girl’ sedia ada.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

noh salleh leak video
3 jam lalu

"Siapa Yang Bayar?"- Banyak 'Fake Account' Kata Ada Video 'Leak' Lucah, Wujud Cubaan Jatuhkan Noh Salleh?

“Cantik-Cantik Semuanya” – Dulu Aktif Di TikTok, Kini The Sara Sisters Dah Jadi Penyanyi Pop first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts