#Hiburan: Myvi Who? Gadis Balik Mengundi Di Sarawak Kagum Tengok Axia Selamba ‘Tapau’ Laluan ‘Off Road’ Bersama 4×4 Lain

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 16:01:56

Bagi laluan tanpa jalan raya atau ‘off road’, sudah tentulah kenderaan ‘4×4’ paling sesuai untuk dipandu dan ia sering berlaku di kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak.

Namun, seorang gadis yang pulang ke Baram pada Sabtu lepas atas tujuan mengundi terkejut dan kagum melihat kereta ‘hatchback’ buatan Perodua ‘selamba’ ikut jalan off road di sana.

Advertisement

Menerusi video dikongsikan Sanda Lunai W di Facebook, sebuah Axia berwarna silver dilihat mengikuti konvoi ‘4×4’ yang lain melalui laluan yang mencabar itu.

Baram dikenali dengan laluan off road dan kebanyakan orang akan membeli 4×4 seperti Hilux, Triton, Navara dan sebagainya. Tetapi apa yang dilihat di sini, adik kepada king of the road, Perodua Axia.”

 

Rakaman yang dimuat naik oleh Sandra itu meraih perhatian ramai netizen di Facebook di mana rata-ratanya berasa kagum melihat kereta compact seperti Axia itu mampu merempuhi permukaan jalan yang tidak rata serta kawasan berlopak.

Bukan itu saja, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah menggunakan kereta biasa lain seperti Proton Saga, Perodua Kancil dan Alza, melalui laluan seperti itu.

Menerusi hantaran itu, Sandra juga sempat berseloroh dan mempromosi kereta Axia itu dan menyatakan kelebihannya iaitunya murah, jimat minyak dan kini terbukti mampu melalui off road pula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sifu pemasaran
2 minggu lalu

(VIDEO) "Hasil Bisnes Air Liur.." - Sifu Pemasaran Pakai Ferrari 488 Pista, Netizen Terpukau Gaji Sebulan Cecah...

..

 

Myvi Who? Gadis Balik Mengundi Di Sarawak Kagum Tengok Axia Selamba ‘Tapau’ Laluan ‘Off Road’ Bersama 4×4 Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts