#Hiburan: “Biar Gambar Berbicara” – Muat Naik Foto Dengan Wan Sharmila, Ibu Shuib Bagi ‘Hint’?

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 08:01:50

Baru-baru ini, ibu kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Amy Salmi memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial miliknya memaparkan pelakon Wan Sharmila.

Menerusi hantaran video di aplikasi TikTok, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala turut dilihat begitu mesra bersama keluarga terutama ibu Shuib ketika berada di majlis tahlil Allahyarmah Siti Sarah.

Advertisement

Malah, apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah apabila kapsyen yang dituis oleh ibu pelawak itu seakan-akan memberi ‘hint‘ kepada orang ramai.

Biar gambar brbicara.

@amysalmi22

biar gambar brbicara

? original sound – Zirashafa – Zirashafa

Bukan itu sahaja, ibu Shuib turut memuat naik gambar bersama Wan Sharmila di laman Instagram dengan kapsyen berterima kasih kepadanya selain menggelarkan dirinya sebagai ‘mama‘.

Mood happy bersama Lala.. tq sudi layan mama sampai penutup majlis…

Meninjau di ruangan komen, para peminat turut memberi pelbagai reaksi dan rata-ratanya memberi restu dan mendoakan agar mereka berdua berjodohan.

Approve maaaaa – netizen

Tak nak laaa gambar yang berbicara… apa kata anak puan shuib yang berbicara baru kami seronok nak dengar,” tulis seorang pengguna TikTok.

Wan Sharmila bestfriend Sari Yanti. Kalau betul, jodoh. Sari Yanti la punya kerja ni. Eeee suka pulak kita. Wan Sharmila pun lembut orangnya,” tulis seroang lagi peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib ds vida
2 minggu lalu

"Saya Tak Sesuai Dengan Dia" - Dituduh Rapat Dengan Anak Shuib Untuk Ganti Tempat Siti Sarah, Akhirnya DSV Buka Mulut

“Biar Gambar Berbicara” – Muat Naik Foto Dengan Wan Sharmila, Ibu Shuib Bagi ‘Hint’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts