#Hiburan: Siap Hujung Tahun 2026, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Medan Selera RM20 Juta Dibina Di Pulau Pinang

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 09 May 2025 04:30:56

Bermula Julai atau Ogos tahun ini, medan selera bernilai RM20 juta bakal dibina di Bukit Bendera, Pulau Pinang bagi menggantikan struktur sedia ada yang kini sedang dalam proses perobohan.

Kerja-kerja perobohan kini dalam proses

Menurut laporan dari Malay Mail, Penang Hill Corporation sedang giat menjalankan kerja-kerja perobohan Astaka lama, dengan 60 peratus kerja perobohan sudah pun siap.

Advertisement

Pengurus Besar Penang Hill Corporation, Datuk Cheok Lay Leng, menyatakan bahawa mereka menyasarkan untuk menyiapkan keseluruhan kerja perobohan sebelum Julai bagi memastikan pembinaan kompleks makanan baharu dapat dimulakan pada Julai atau Ogos 2025.

food court rm20 juta di bukit bendera pulau pinang : Corporate Penang Hill 

Kami juga perlu menjalankan kerja penstabilan cerun untuk memastikan keselamatan memandangkan tapak ini terletak di lereng bukit.

Medan selera baru lebih besar, kapasiti ditambah dua kali ganda

Projek medan selera ini bukan sekadar pembinaan biasa, medan selera ini akan mampu menampung 600 orang dalam satu masa, berbanding dengan Astaka lama yang hanya dapat menampung 300 orang.

food court rm20 juta bukit bendera

Pembinaan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2026, dengan medan selera baru ini dijadualkan dibuka kepada orang awam pada bulan yang sama.

Kami berharap projek-projek ini akan menyediakan lebih banyak tarikan kepada para pengunjung Bukit Bendera.

gunung rinjani
19 hours ago

Trek Cantik Tapi Bahaya, Perlu Persiapkan Diri Dari Segi Mental & Fizikal Sebelum Pilih Jalur Torean Daki Gunung Rinjani

Siap Hujung Tahun 2026, Ramai Tak Sabar Nak Tengok Medan Selera RM20 Juta Dibina Di Pulau Pinang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts