#Hiburan: Inovasi HUAWEI Pada Peranti Pintar, Kini Lebih Gaya & Fungsi. Pra-Tempah HUAWEI WATCH GT 3 Pro sekarang!

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 20 May 2022 08:01:32

Peranti pintar tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan yang kini bergerak pantas. Di pasaran, terdapat banyak jenama yang menawarkan keperluan ni. Tapi tak semua mampu menggabungkan reka bentuk dengan kepraktisan sesuatu produk tanpa menjejaskan prestasinya.

Mengangkat permasalahan itu, HUAWEI meningkatkan ‘permainan’ mereka dalam bidang inovasi bagi memberikan pengguna kepuasan melalui penawaran peranti dengan reka bentuk estetik digabungkan bersama inovasi peranti pintar yang dipertingkat.

Advertisement

Malah, dalam Pelancaran Perdana HUAWEI Malaysia semalam, jenama terkemuka ini dengan bangganya memperkenalkan ciri premium teknologi Falcon Wing Hinge yang pertama seumpamanya dalam industri.

Terdapat beberapa siri produk baru HUAWEI mula ditawarkan di pasaran tempatan. Nak tau apa dia, check it out!

Teknologi Dipertingkat, Jam Pintar Premium HUAWEI WATCH GT 3 Pro Bakal Menjadi Kegilaan Ramai

Siapa kat sini suka pakai jam pintar, cuba angkat tangan sikit. Biasanya, anak-anak muda sekarang suka pakai jam tangan pintar sebagai aksesori dan boleh digayakan dengan pakaian mereka. Haa, barulah up to date!

Advertisement

Selain itu, jam pintar ni menjadi kegemaran ramai sebab ia bukan saja memudahkan malah dapat memberikan update tentang notifikasi yang diterima, jejak senaman yang korang lakukan serta tahap kesihatan korang tau.

Memahami keperluan pengguna jam tangan pintar, HUAWEI hadir dengan teknologi dan reka bentuk dipertingkatkan yang mana ia dapat menawarkan lebih daripada sekadar bacaan terperinci kadar denyutan jantung dan pengambilan kalori asas.

Siri jam tangan pintar HUAWEI ni hadir dengan tiga pilihan iaitu HUAWEI WATCH GT 3 Pro, HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium dan HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Ceramic.

HUAWEI WATCH GT 3 Pro

Kalau korang suka beriadah atau bersenam, korang memang wajib dapatkan HUAWEI WATCH GT 3 Pro ni sebab ia dikuasakan dengan rangkaian ciri kesihatan profesional yang mantap seperti TruSeen 5.0+.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemantauan kadar jantung dan analisis yang dipertingkatkan sepenuhnya tau.

Haa, dengan kehadiran ciri terbaru ni, HUAWEI sebenarnya nak ajak korang untuk menjadi lebih aktif sebab dengan era digital kesihatan baharu, ia dapat memudahkan aktiviti riadah yang korang buat.

Untuk pengetahuan, HUAWEI WATCH GT 3 Pro ni juga dikuasakan oleh HarmonyOS yang mana ia mempunyai jangka hayat bateri yang sangat lama untuk Siri HUAWEI WATCH GT.

Ia juga turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar yang dapat memudahkan korang, yang mana korang hanya perlu tunggu selama 10 minit pengecasan untuk penggunaan seharian penuh.

Advertisement

Jadi, siapa yang suka bersenam dan beriadah petang-petang tu, korang memang wajib dapatkan HUAWEI WATCH GT 3 Pro ni!

HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium

Selain itu, HUAWEI turut hadir dengan HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium yang mana ia dihasilkan dengan rekaan futuristik dengan inspirasi baru jam tangan.

Apa yang menarik dengan jam pintar ni adalah ia mempunyai pemotongan logam berketepatan tinggi yang mampu untuk mencipta dialog antara bahasa visual tradisional garisan, yang menggabungkan gaya retro dan elemen futuristik dan deria teknologi. Wow!

Paling best, HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium ini dilengkapi dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama 14 hari untuk kegunaan biasa manakala 8 hari untuk kegunaan yang berat.

Haa, jam pintar korang jenis yang tak tahan lama dan korang perlu cas banyak kali, kami sarankan korang untuk beli HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium.

Untuk korang yang berminat dengan Edisi Titanium, korang boleh dapatkan di HUAWEI Store, Shopee atau Lazada.

HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Ceramic

Untuk siri HUAWEI WATCH GT 3 Pro yang terakhir pula adalah HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Ceramic yang mana ia mempunyai rekaan estetik daripada negara Timur dan Barat yang dapat mengimbangi pesona klasik yang cantik.

Dengan warna putih hangat, emas dan perak yang berkilauan, ternyata jam pintar ini mempunyai kualiti yang bagus serta dapat digayakan dengan pelbagai jenis outfit.

Rekaan jam pintar ini juga dilengkapi dengan bezel corak seashell emas dan perak yang diambil daripada paip beralun cangkerang, serta menggunakan reka bentuk indah yang merangkumi 24 corak gelombang. Wow, ni confirm lawa kalau pakai!

Sama seperti HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium, edisi Ceramic ini juga mempunyai jangka hayat bateri yang lama dan mampu bertahan selama 14 hari untuk kegunaan biasa manakala 8 hari untuk kegunaan yang berat.

Untuk HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Ceramic, korang boleh dapatkan di HUAWEI Store dan Lazada.

HUAWEI Mate Xs 2, Telefon Pintar Alaf Baru

Selain dari jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 3 Pro, HUAWEI juga hadir dengan telefon pintar yang direka selari dengan peredaran zaman teknologi canggih iaitu HUAWEI Mate Xs 2.

Dengan rekaan telefon pintar yang boleh dilipat, HUAWEI menjanjikan kemudahalihan skrin paparan untuk berkembang dalam masa yang sama dapat kekal terurus dari segi saiz.

HUAWEI Mate Xs 2 ni hadir dengan reka bentuk lipatan luar yang inovatif yang mana ia mempunyai rupa unibody yang ringkas, halus dan elegan serta menyediakan cengkaman semula jadi yang selesa.

Selain itu, rekaan peranti ini sangat ringan sebab ia dikuasakan dengan ultra-flat, ultra-thin dan ultra-light yang dapat memberikan kualiti peranti bertahan lebih lama. Wow, menariknya!

Untuk Ultra-Flat, ia dilengkapi dengan Double-Rotating Falcon Wing Hinge yang pertama serta mempunyai kerataan peranti yang dapat memberikan kesan visual yang lebih cantik.

Manakala Ultra-Thin pula, ia memberikan pengalaman reka bentuk lipatan luar yang lancar serta memberikan gaya yang elegan kepada pengguna.

Ia juga mempunyai gentian kaca Ultra-Thin yang dapat mengurangkan berat keseluruhan pada masa yang sama dapat memberikan kekuatan dan ketahanan yang sangat baik. Jadi, korang tak perlu lagi dengan kekuatan telefon pintar ni.

Apa yang menarik tentang peranti ni berbanding peranti lain di pasaran adalah ia dihasilkan dengan Double-Rotating Falcon Wing Hinge yang mana ia dapat memberikan kepuasan yang optimum kepada korang untuk binge watch drama atau bermain video game.

Untuk pengalaman yang lebih baik, ia dilengkapi dengan kadar segar semula sebanyak 120Hz serta sentuhan lancar sehingga 240Hz yang dapat memberikan kelajuan yang lancar serta lebih pantas.

Pra-tempah boleh dilakukan dari 3 Jun 2022 pada harga bermula RM7,999 dan korang juga boleh dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,400*!

Kalau korang nak rasai sendiri pengalaman menggunakan peranti ni, korang boleh dapatkan di HUAWEI Store, Shopee dan Lazada.

HUAWEI P50 Series, Rekaan Yang Minimal Lagi Bergaya

Selain HUAWEI Mate Xs 2, HUAWEI juga mempunyai telefon pintar lipat siri lain iaitu HUAWEI P Series.

Kelebihan siri ni berbanding dengan siri lain adalah ia hadir dengan inovatif kamera dwi-matriks yang dapat membantu untuk merakam gambar dengan lebih jelas, sama seperti jurugambar profesional.

Kalau korang nak tau, kamera peranti ini direka dengan bentuk cincin berkembar menarik yang diilhamkan oleh kesempurnaan matematik dan kesederhanaan saiz bulatan, yang menjadikan peranti ini kelihatan lebih estetik.

Menariknya, siri HUAWEI P50 ini dilengkapi dengan kanta berganda yang mana tujuan ia dihasilkan adalah sebagai memberi penghormatan kepada kedua-dua fotografi dan kesenian gambar yang ditangkap. Haa, siapa yang minat untuk tangkap gambar tu, korang wajib dapatkan siri peranti ini.

Kalau korang berminat, siri HUAWEI P50 ni hadir dengan beberapa jenis warna tau. Untuk HUAWEI P50, ia mempunyai warna Cocoa Gold dan Golden Black, manakala untuk HUAWEI P50 Pro pula ada warna baru iaitu Silver Blue selain Cocoa Gold dan Golden Black.

Untuk korang yang berminat untuk dapatkan HUAWEI P50, korang boleh layari HUAWEI Store, Shopee dan Lazada.

Manakala, untuk HUAWEI P50 Pro, korang klik saja pada pautan HUAWEI Store, Shopee dan Lazada ni.

HUAWEI nova Y70, Peranti Berteknologi Tinggi & Berpatutan

Mencari telefon pertengahan pada harga mampu milik dengan prestasi terbaik di pasaran, kami sarankan korang untuk dapatkan HUAWEI novaY70. Murah pun murah.

Untuk pengetahuan, HUAWEI nova Y70 ni hadir dengan bateri besar yang berkapasiti 6000mAh, yang membolehkan korang untuk tonton video secara berterusan selama 3 jam dengan pengecasan selama 10 minit. Wah, bestnya!

Menariknya, ia tampil dengan paparan HUAWEI FullView yang mana ia mempunyai keluasan skrin sebesar 6.75 inci yang lebih besar daripada skrin 6.5 inci daripada generasi sebelumnya. Jadi, lepas ni, puaslah kalau korang nak tenung telefon lama-lama!

Ditawarkan pada harga RM 699, HUAWEI nova Y70 ini sangat sesuai untuk korang yang tengah cari telefon pintar yang mempunyai skrin yang besar serta bateri yang mampu bertahan lama.

Kalau korang berminat untuk dapatkan peranti berteknologi tinggi ni, korang boleh dapatkan di HUAWEI Store, Shopee dan Lazada pada bulan Jun nanti.

HUAWEI WATCH FIT 2, Jam Pintar Dengan Warna Yang Pelbagai

Untuk korang yang mencari jam pintar yang fleksibel, korang wajib dapatkan HUAWEI WATCH FIT 2 sebab ia hadir dengan bermacam ciri-ciri menarik.

Dilengkapi dengan pembesar suara tambahan, kini korang boleh buat panggilan Bluetooth dan memasang muzik tanpa perlu risau kelantangan suara daripada jam pintar tersebut.

Selain itu, ia juga hadir dengan paparan AMOLED HD HUAWEI FullView yang mana ia boleh menjadi lebih besar daripada jam sebelumnya iaitu 1.74 inci. Jadi, senanglah untuk korang melihat setiap butiran dengan sekali pandang.

Dengan beratnya hanya 34g, jam pintar ini dapat memberikan penampilan yang ringan dan menarik, disertakan dengan pelbagai pilihan warna tali untuk korang gayakan dengan mana-mana pakaian.

Berminat dengan jam pintar ni? Korang boleh dapatkan di HUAWEI Store, Lazada dan Shopee(active edition) dan Shopee(classic edition).

Kini Penggunaan HUAWEI WATCH GT 3 Pro Lebih Mudah Dengan HUAWEI AppGallery

Memahami keperluan pelanggan, kini HUAWEI WATCH GT 3 Pro menyokong HUAWEI AppGallery yang dapat meningkatkan produktiviti korang serta memberikan korang akses kepada pelbagai aplikasi hanya pada jam pintar.

Kalau korang sambungkan HUAWEI Health, korang dapat teroka lebih banyak fungsi aplikasi yang dapat memaksimumkan penggunaan jam pintar. Contohnya, dengan ciri ‘Watch Faces’, korang boleh tukar tema jam korang secara bebas, bersesuaian dengan citarasa korang. Wow!

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan aplikasi navigasi yang mana ia dapat memaparkan peta pada jam pintar korang secara automatik kalau korang sambungkan dengan telefon pintar. Haa, lepas ni, kalau korang sesat, korang tengok saja jam pintar korang.

Kalau korang guna HUAWEI WATCH GT 3 Pro, korang boleh gunakan lebih banyak aplikasi hanya menerusi jam pintar melalui HUAWEI Health > Devices > AppGallery.

Kini Pengalaman Menggunakan Teknologi Lebih Mudah & Lancar Dengan HUAWEI

Haa, macam mana? Banyakkan barangan elektronik menarik yang HUAWEI buat bersesuaian dengan peredaran zaman. Rugi kalau korang tak dapatkan!

Untuk pengetahuan, korang kini boleh buat pra tempahan untuk HUAWEI WATCH GT 3 Pro daripada RM 1,399 bermula pada 19 Mei sehingga 26 Mei 2022. Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepat pra tempah sekarang!

HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Titanium: Klik untuk lakukan tempahan di HUAWEI Store, Shopee & Lazada.

HUAWEI WATCH GT 3 Pro Edisi Ceramic: Klik untuk lakukan tempahan di HUAWEI Store & Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti-peranti HUAWEI, korang boleh klik DI SINI. Korang juga boleh pergi ke HUAWEI Experience Store, HUAWEI Store Online, Shopee atau Lazada untuk maklumat lanjut.

Inovasi HUAWEI Pada Peranti Pintar, Kini Lebih Gaya & Fungsi. Pra-Tempah HUAWEI WATCH GT 3 Pro sekarang! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts