by Oh! Semput
Penyanyi Adira Suhaimi mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai tentang niat bekas suaminya, Datuk Red untuk mengahwininya semula selepas Aidilfitri tahun depan.
Tambah penyanyi dari Sabah itu lagi, dia akan sentiasa mengaminkan doa-doa daripada peminat namun tidak terlalu berharap.
Kalau doa yang baik baik ni, saya aminkan je. Ada jodoh, insyaAllah. Kalau takde jodoh pun, saya akan tetap teruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Dalam pada itu, Adira memuji Datuk Red dan berkata bekas suaminya itu kini menunjukkan perubahan positif selepas perceraian mereka, April lalu.
Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau.
Ketika ditanya jika dia berasa sunyi sejak bergelar ibu tunggal, Adira berkata dia sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja agar tidak melayani perasaan tersebut.
Sebenarnya, mungkin sebab saya terlampau sibuk bekerja. Jadi, saya tidak sempat nak rasa benda-benda begitu.
Kalau boleh diceritakan, saya jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.
“InsyaAllah Kahwin. Versi Datuk Red Yang Sekarang Adalah Paling Terbaik” – Adira Suhaimi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.