#Hiburan: Kongsi Video Baca Al-Quran Namun Ditegur Ada Kesilapan, Faizal Tahir Ucap Terima Kasih

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 08 May 2021 05:32:07

Penyanyi terkenal, Faizal Tahir baru-baru ini ada memuat naik video dirinya sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran di laman Instagram untuk tatapan dan penghayatan bersama peminat serta pengikut media sosialnya.

Namun, seorang pengguna media sosial tersebut telah menegur cara bacaan Faizal Tahir yang didakwa mempunyai kesilapan dan bertindak untuk memperbetulkan bacaan penyanyi lagu Gemuruh itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by FT (@faizal_tahir)

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir,43, kemudiannya memuat naik tangkap layar mesej daripada individu tersebut dan menzahirkan rasa penghargaan kerana ditegur oleh lelaki itu.

“Sungguh saya amat menghargai setiap teguran yang diberikan. Semoga lebih baik bacaan saya selepas ini. Insha’Allah. Jazaakallahu Khayr my brother..”

Perkongsian tersebut ternyata telah menarik perhatian peminat di mana Faizal seolah-olah terbuka dalam menerima teguran dan tidak melenting.

View this post on Instagram

A post shared by FT (@faizal_tahir)

Dalam pada itu, Faizal turut mengakui bahawa dirinya masih lemah dalam membaca Al-Quran dan berjanji akan memperbaiki diri selepas ini.

Terdahulu, Faizal ada membuat pengumuman untuk mengundur diri daripada dunia seni hiburan setelah hampir 17 tahun dan menjelaskan bahawa dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga kini.

Kongsi Video Baca Al-Quran Namun Ditegur Ada Kesilapan, Faizal Tahir Ucap Terima Kasih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts