#Hiburan: “Tak Apa Lepas Ni Cari Bujang..” – Dah Sayang Seperti Anak Sendiri, Netizen Turut Sedih Tengok Video Amelia & Jebat

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 08:01:22

Baru-baru ini, isu percintaan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan aktres Amelia Christie semakin menjadi perhatian netizen ketika sebuah video Amelia dengan anak kepada Sharnaaz kembali tular di media sosial.

Sayang macam anak sendiri

Seperti yang ramai sedia tahu, hubungan Amelia dengan anak tunggal Sharnaaz, Jebat Jayden itu amat akrab dan sering terlihat bersama sama ada di rumah ibu Jebat, Nabila ataupun ketika dia berada bersama Sharnaaz.

Advertisement

Ekoran spekulasi putus cinta antara dua pelakon ini, sebuah video yang dimuat naik di TikTok Amelia kembali tular. Dalam video berkenaan, terlihat pelakon ini memeluk dan mencium Jebat. Jelas nampak Amelia sudah menganggap Jebat sebagai anak sendiri.

Cari yang lebih baik

Pada masa yang sama, melihat ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen turut rasa sedih dengan situasi Amelia. Katanya, memang susah untuk berpisah dengan seseorang yang sudah disayang seperti anak.

Bukan itu sahaja, selepas dikatakan tidak lagi bersama Sharnaaz, netizen menasihati aktres muda ini untuk mencari pasangan baru yang bujang dan yang lebih baik untuknya.

Kalau bercinta dengan duda, dah sayang anak dia macam anak sendiri lepastu gaduh or break up, Allahu sakitnya rasa.

 

Tak apa lepas ini cari bujang, lagi mudah okay.

 

Teruskan berbaik dengan Nabila dan Jebat, kekalkan sillaturrahim.

tiktok : TikTok  

Terdahulu, pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas pertanyaan tentang dirinya dan Amelia yang saling unfollow di Instagram. Namun, katanya hubungannya dengan aktres itu masih dalam keadaan yang baik dan dia kini ingin fokus pada karier dan anaknya.

Sharnaaz
3 hours ago

"Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni.." - Sharnaaz Ahmad Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Hubungan Cinta Dengan Amelia Christie

“Tak Apa Lepas Ni Cari Bujang..” – Dah Sayang Seperti Anak Sendiri, Netizen Turut Sedih Tengok Video Amelia & Jebat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts