#Hiburan: “Usia Macam Ni Anak Sedang Dahagakan Kasih Sayang Ayah” – Netizen Sedih Tengok Mutawwif Layan Syaikhul & Sumayyah

by Oh! Semput


8
SHARES
98
VIEWS
Posted on 07 Feb 2023 04:30:56

Sejak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah, ramai yang suka dan menantikan video daripada Puteri Sarah Liyana dari sana.

Menerusi media sosial, Sarah berkongsi detik-detik indah perjalanannya bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah serta beberapa ahli keluarga.

Advertisement

Puteri Sarah Syamsul Yusof
2 minggu lalu

"Sampai Hati Si Bapak.." - Tiada Kelibat Syamsul Yusof, Puteri Sarah Tunai Umrah Bersama Anak-Anak

Seperti yang ramai ketahui, Syamsul Yusof tidak bersama-sama Sarah dan dua anak mereka untuk umrah kali ini dan ia menimbulkan rasa sedih netizen.

Apatah lagi, video dikongsi Sarah menunjukkan Syaikhul dan Sumyyah ditemani kru mutawwif dan jemaah umrah lain yang melayani mereka berdua sepanjang berada di sana.

Ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat mereka ke sana tanpa ayah dan berkata Syaikhul dan Sumayyah nampak seperti sangat merindui kehadiran seorang bapa di sisi.

Menerusi Instagram, Sarah sendiri ada berkongsi keadaan kesihatan anaknya di mana Syaikhul demam sebaik mereka tiba di Madinah dan disusuli pula dengan Sumayyah selepas itu.

Rata-ratanya mendoakan urusan Sarah dipermudah ketika berada di sana dan terus kuat melalui ujian dalam rumah tangganya ketika ini.

“Usia Macam Ni Anak Sedang Dahagakan Kasih Sayang Ayah” – Netizen Sedih Tengok Mutawwif Layan Syaikhul & Sumayyah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts