#Hiburan: “Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya….

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 21 May 2022 08:01:08

Tular di negara seberang kisah majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh pengantin perempuan.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Magetan, Jawa Timur di mana pengantin lelaki dikatakan telah lari pada saat-saat akhir.

Advertisement

Selepas beberapa ketika mengundang tanda tanya ramai orang, lelaki bernama Gandi itu tampil membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, dia membuat keputusan untuk melarikan diri disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya.

Salah satu masalah dihadapinya adalah tidak mampu membayar upah jurusolek untuk pengantin perempuan yang berasal dari Kecamatan Maospati.

Advertisement

Gandi berkata dia pernah memberitahu wanita itu untuk tidak mengupah jurusolek yang cas pada harga yang tinggi.

Bagaimanapun, keluarga wanita berkenaan telah memanggil jurusolek yang jauh lebih mahal daripada bajetnya.

Jelasnya lagi, dia telah lari dengan wang hasil menggadai motosikal miliknya.

Pada asalnya, mengikut perancangan dia mahu menggunakan wang itu untuk membayar pemuzik pada hari perkahwinan.

Kata Gandi, dia sangat menyayangi wanita itu namun terpaksa membiarkan cinta hatinya berseorangan di atas pelakon tanpanya.

Tiga hari sebelum majlis berlangsung, Gandi berkata dia berhasrat untuk membatalkan majlis resepsi itu atas saranan orang tuanya namun ia tetap berlangsung.

Disebabkan itulah, ibu bapa Gandi mencadangkan agar dia menggadai motosikal.

Advertisement

Difahamkan, dia kini sedang berusaha untuk mengumpul wang bagi menampung kos majlis berkenaan.

Namun, menerusi beberapa laporan portal tempatan Indonesia pasangan itu bersama keluarga masing-masing kini berbalah dan wujud sengketa antara mereka.

3 bulan lalu

Tular Wanita Menangis Atas Pelamin, Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar-Besaran

“Mentua Ambil MUA Mahal” – Lelaki Lari Tinggal Pengantin Perempuan Bersanding Seorang Diri, Rupanya…. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts