#Hiburan: Ibu Bapa Nekad Saman Anak Menantu RM2.8 Juta, Bagi Tempoh Setahun Untuk Timang Cucu

by Oh! Semput


7
SHARES
91
VIEWS
Posted on 14 May 2022 08:00:59

Di negara India baru-baru ini, kecoh dengan satu berita mengenai ibu bapa mahu menyaman anak serta menantu mereka sendiri kerana terlalu mahukan cucu dengan segera.

Lagi membuatkan hal itu lebih mendapat perhatian adalah jumlah saman yang ingin difailkan adalah sebanyak RM2.8 juta sebagai ‘ganti rugi’.

Advertisement

Melalui laporan Gulf News, Sanjeev bersama isterinya akan menuntut sejumlah wang ganti rugi yang agak besar itu kepada anak serta menantunya jika tidak dapat melahirkan anak dalam tempoh setahun.

nak saman anak menantu kalau tak dapat cucu

Difahamkan pasangan itu telah menghantar anak lelakinya ke negara US menggunakan wang simpanan mereka berdua supaya anaknya dapat menjadi juruterbang. Bagaimanapun, lain pula yang jadi apabila pulang ke India kerana anak lelakinya menganggur selepas itu.

Tidak hanya itu, mereka juga telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi melangsungkan hari perkahwinan anak serta menantu di sebuah hotel mewah lima bintang dan menghadiahkan sebuah kereta mewah bernilai AS$80,000 (RM351,000) berserta trip bulan madu ke luar negara.

Advertisement

Anak lelaki saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun, mereka masih belum merancang untuk mendapatkan anak. Sekurang-kurangnya, jika kami mempunyai cucu, segala kesakitan kami akan dapat ditanggung.

Sanjeev dan Sandhana akan menarik semula saman yang dilakukan seandainya anak serta menantunya dapat memberikan mereka cucu dalam tempoh setahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Shah Rukh Khan dan Aryan Khan
6 bulan lalu

Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

Ibu Bapa Nekad Saman Anak Menantu RM2.8 Juta, Bagi Tempoh Setahun Untuk Timang Cucu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts