#Hiburan: “Kena Pandai Masak Weh” – Kawan ‘Promote’ Khairul Aming Cari Jodoh, Siap Ada Gadis Indonesia Nak ‘Try’

by Oh! Semput


25
SHARES
324
VIEWS
Posted on 20 May 2022 08:01:34

Sebut saja namanya, pasti yang bermain di fikiran ‘resipi apa dikongsi kali ni?’. Siapa tak kenal dengan Khairul Aming kan?

Selalu para wanita ternanti-nanti video tutorial masakan, tips atau resipi dikongsikan oleh lelaki mesra dipanggil Aming ini.

Advertisement

Tapi berbeza sedikit kali ini apabila Aming dikatakan kini sedang mencari jodoh.

Menerusi Instagram, pemuda berusia 29 tahun berasal dari Kelantan itu ada berkongsi sedikit maklumat tentang dirinya.

Advertisement

Namun, ia menjadi lebih serius dan ramai netizen berasa teruja apabila mendapat tahu bahawa Aming memang benar-benar sedang mencari jodoh.

Mana tidaknya, rakan-rakan Aming sendiri pun turut tolong ‘promote’ dirinya di Twitter untuk membantu memudahkan proses mencari jodohnya.

Pelbagai reaksi dan respon diberikan oleh netizen di media sosial. Ada yang berseloroh bakal jodohnya perlu pandai memasak kerana Aming sendiri memang hebat di dapur.

Ramai yang turut ‘promote’ diri sendiri dan kawan perempuan masing-masing yang masih belum mempunyai pasangan dan sedang mencari jodoh.

Bukan itu sahaja, seorang wanita dari Indonesia turut memberikan komen dan bertanya jika dia boleh ‘mencuba’.

Rasanya ini kali pertama pencarian jodoh di internet yang mendapat perhatian dan sambutan luar biasa. Khairul Aming kan!

sambal nyet
3 bulan lalu

(VIDEO) "Tak Pernah Aku 'Imagine'.." - Khairul Aming Dedah Jualan 'Sambal Nyet' Cecah RM7.5 Juta

“Kena Pandai Masak Weh” – Kawan ‘Promote’ Khairul Aming Cari Jodoh, Siap Ada Gadis Indonesia Nak ‘Try’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts