#Hiburan: “Yang Penting Tak Rentas Negeri..” Netizen Mengusik Gara-Gara Fazura ‘Shopping’ Raya Saat Akhir

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 08 May 2021 05:32:06

Aktres jelita, Nur Fazura dalam sebuah hantaran di media sosial mendedahkan bahawa dia kini dalam persiapan saat-saat akhir untuk menyambut lebaran tidak lama lagi.

Menerusi hantaran itu, Fazura telah memuat naik sekeping foto dirinya sedang berada di sebuah gedung kain terkemuka.

Advertisement

“Yay duduk sini mesti tak ada orang kenal hehe. Ya, Faz pun last minute shopping raya. Warna baju apa darling first day nanti?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tampil dengan gaya bersahaja, ramai peminat meninggalkan komen kecantikan serta keayuan Fazura mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan ini.

Malah, ada juga yang sempat ‘mengusik’ Fazura yang tidak bertindak merentas negeri semata-mata untuk menyediakan persiapan raya.

“Yang penting tak rentas negeri..” ujar seorang pengguna warga maya.

Sekadar info, tahun ini merupakan kali pertama Fazura dan suaminya, Fattah Amin menyambut Aidilfitri bersama cahaya mata pertama mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam bulan.

“Yang Penting Tak Rentas Negeri..” Netizen Mengusik Gara-Gara Fazura ‘Shopping’ Raya Saat Akhir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts