#Hiburan: Kali Pertama Bawa Fatima Makan Di Luar, Fazura Kongsi Pengalaman Dengan Peminat

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:56



Pelakon dan juga usahawan kini, Nur Fazura tampil berkongsikan pengalamannya membawa anak sulung, Fatima Aisya menikmati makanan di restoran ataupun ‘dine-in’.

Perkara tersebut dikongsikan Fazura menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Nur Fazura

Jelas Fazura, dia membawa Fatima bersama suami untuk makan di luar di ruang privasi pada ketika kes harian COVID-19 tidak setinggi seperti waktu ini.

Pada ketika itu keadaan masih dianggap ‘okay’ untuk membawa Fatima makan di luar. Kami berada di ruang privasi namun tetap berjaga-jaga dan takut gila masa tu. Virus ini berada di mana-mana sahaja, cuak! Masa tu kes tak setinggi sekarang, pun dah tak tenang juga. Nak cepat-cepat balik. Apatah lagi sekarangkan?

Dia juga dilihat memuat naik foto dan video momen ketika bersama-sama satu keluarga menikmati hidangan di sebuah restoran.

Fazura dalam pada itu sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa yang ingin membawa anak keluar ke tempat awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil menitipkan pesanan dan tips masing-masing serta turut memuji kecomelan Fatima Aisya yang kini berusia setahun.

Sekadar info, Fazura dan suami, pelakon Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima Aisya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Kali Pertama Bawa Fatima Makan Di Luar, Fazura Kongsi Pengalaman Dengan Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News