#Hiburan: “Rendahkan Martabat Wanita”- Baru Sehari Tayang, Filem Gadis Jolobu The Movie Dah Jadi Bahan Kecaman Netizen

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 05 Aug 2022 16:01:56

Filem Gadis Jolobu The Movie (GJTM) yang baru saja menemui penonton semalam di pawagam nampaknya telah meraih kecaman warga maya di media sosial.

GJTM yang dibintangi penyanyi lagenda Hattan, Khir Rahman dan juga Joey Daud itu mengisahkan mengenai 3 orang bujang terlajak yang sedang dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing.

Advertisement

Mengetengahkan beberapa elemen tradisional adat pepatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan, pastinya naskah arahan CL Hor  ini ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan.

Namun begitu, di media sosial Twitter, terdapat beberapa kritikan yang dilontarkan mereka yang sudah menonton filem tersebut di pawagam.

Meskipun pahit untuk ditelan, ada yang mendakwa filem tersebut telah menjatuhkan martabat wanita dan terutama sekali merendahkan keturunan Minang.

gadis jolobu

Malah, ada yang mengatakan bahawa trailer filem juga tidak menarik selain netizen keliru dengan apa yang cuba untuk disampaikan dalam naskah tersebut.

Rasanya, kalau nak tahu betul ke dakwaan netizen ni, kena pergi tengok dulu la kot kan?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

the sara sisters
3 jam lalu

"Cantik-Cantik Semuanya" - Dulu Aktif Di TikTok, Kini The Sara Sisters Dah Jadi Penyanyi Pop

“Rendahkan Martabat Wanita”- Baru Sehari Tayang, Filem Gadis Jolobu The Movie Dah Jadi Bahan Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts