#Hiburan: “Takdir Berkata Berbeda” – BCL Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur, Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 19 Sep 2023 08:01:21

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menerusi satu hantaran di Instagram ada memuat naik foto ‘sambutan’ hari lahir suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang dilakukan di pusara di Indonesia.

Dia yang dilihat hadir bersama-sama anak lelaki, Noah Aiden Sinclair dan ahli keluarga termasuk ibu bapa mentua terlihat sayu ketika menziarahi pusara arwah Ashraf.

Advertisement

BCL juga sempat menitipkan ucapan ulang tahun buat suami tercinta yang kini menginjak usia 44 tahun jika masih hidup.

Dear You, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke-44. Tapi takdir berkata berbeza. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.

Kami di sini okay, baik-baik sahaja, menjalani dan masih mencipta memori/kenangan baru dengan kamu yang menjadi kekuatan di dalamnya.

Kamu akan kekal di dalam hati kami selama-lamanya. Kami sentiasa rindu kamu. Selamat menyambut hari lahir di syurga. Terima kasih untuk segala-galanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mengucapkan ucapan yang sama di mana mereka turut merasa sebak dengan hantaran berkenaan.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian mengejut pelakon Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung pada jam 3.40 pagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shikin Maembong
1 hour ago

"Sis Cannot Brain" - Shikin Maembong Luah 'Ex' Minta Bayar Balik Duit Deposit Hospital Sebab Nak Bayar Bil

“Takdir Berkata Berbeda” – BCL Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur, Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts