by Oh! Semput
Suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan iaitu Ahmad Aslam tampil menjawab komen seorang individu yang mempersoalkan kenyataannya mengenai usaha membina legasi kehidupan.
Menurut Aslam, legasi yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada satu perkara, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek termasuk perniagaan yang dibina sejak tahun 2020, pendidikan anak-anak serta kemajuan hidup yang sedang diusahakannya.

“Legasi kehidupan, legasi perniagaan saya sejak 2020, legasi pendidikan anak-anak, legasi kemajuan hidup. Banyak sangat kalau nak list dekat sini.”
“Saya ni sekarang fokus pandang ke depan untuk masa depan saya bukan fokus pada masa lalu.”
Respons itu diberikan selepas seorang individu secara terbuka menyindir kenyataan Aslam yang mengatakan dirinya sedang membina legasi.

Individu berkenaan turut mendakwa Aslam dan isteri pertamanya hanya mula dikenali ramai selepas perkahwinan sensasinya dengan anak kepada pasangan selebriti popular, Abby Abadi dan Norman Hakim.
Malah, pekerjaan lama Aslam sebagai pemandu e-hailing turut dijadikan bahan usikan oleh individu tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Tanpa Anak Abby, Ko Cuma Bawa Grab Je” – Netizen Persoal ‘Legasi’ Aslam Punyai Banyak Anak Bersama Umisya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.