#Hiburan: (VIDEO) “Macam Bagi Ikan Makan” – Individu Buat TikTok Campak Duit RM1k Di ‘Mall’, Netizen Kecam Tak Hormat Rezeki

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 07 Dec 2022 04:32:00

Tular di media sosial TikTok apabila seorang individu dilihat merakam video dirinya sedang mencampak duit dari tingkat atas sebuah gedung membeli belah di Kuala Lumpur.

Difahamkan, individu itu telah mengagih-agihkan wang bernilai RM1,000 kepada orang awam dengan cara menerbangkannya dari tingkat atas.

Advertisement

Dalam video tersebut, dilihat para pengunjung sedang lalu lalang di tingkat bawah namun tiada pula rakaman menunjukkan reaksi pengunjung yang terkejut atau mengambil duit yang dicampak individu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Perkongsian video itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu itu.

Kata netizen, individu itu tidak beradab dengan rezeki dan tidak sepatutnya bertindak seperti itu meskipun dengan niat untuk menderma.

Jangan campak situ, baik bagi orang yang benar-benar susah. Kan lebih baik.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat lokasi individu itu mencampakkan wang adalah salah kerana ‘shopping mall’ terbabit adalah tempat orang berpendapatan tinggi membeli belah dan mungkin akan dihiraukan saja wang itu.

TikTok : TikTok  

U salah tempat ni, ni KLCC. Lalu lalang tu majoriti orang banyak duit. Nanti dia jumpa dia p kasi dekat guard minta cari duit siapa.

Individu itu juga dilihat membalas komen kecaman netizen dengan nada yang sinis.

“Saya tak perlu rakam apabila saya derma kepada badan kebajikan” tulisnya di bahagian komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas isteri DDNK
18 jam lalu

"Anak Nak Ke Sekolah Macam Mana?!" - DDNK Ambil Semua Kereta, Bekas Isteri Akui Kesal Dan Menyusahkan

(VIDEO) “Macam Bagi Ikan Makan” – Individu Buat TikTok Campak Duit RM1k Di ‘Mall’, Netizen Kecam Tak Hormat Rezeki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts