Hidup berjauhan, suami pulang lepas rindu tapi pergi ketika tidur disisi isteri

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 11 Sep 2019 14:03:26

Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Mereka yang masih hidup hendaklah redha dan pasrah dengan ketentuan jika berhadapan dengan pemergiaan orang yang disayangi.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rosheila, dia telah membuat satu nukilan panjang menceritakan perihal suaminya yang baru sahaja meninggal dunia.

Menurutnya, sepanjang mereka berkenalan dari tahun 2009, berkahwin pada 2015 dan sehingga kini, mereka tidak pernah tinggal di suatu tempat yang sama.

Namun, apabila suaminya pulang selepas menjalinkan hubungan jarak jauh atas urusan kerja, lelaki itu pula dijemput Illahi.

alt

alt

alt

Rosheila telah menceritakan detik-detik bagaimana suaminya tiba-tiba mengalami sesak nafas dan menyebabkan dia panik kerana suaminya sebelum ini sihat dan melayannya seperti biasa. Suami Rosheila telah dikejarkan di bahagian kecemasan Hospital Saratok.

alt

alt

Walau bagaimanapun, tuhan lebih menyayangi suaminya. Dia telahdilaporkan meninggal dunia dan hal tersebut disampaikan oleh bapa mertuanya sendiri selepas Rosheila pergi ke tandas bagi mengambil wuduk untuk menenangkan kegusarannya.

alt

alt

Walaupun sedar bahawa cinta dan sayang terhadap suami masih menebal, wanita itu telah pun redha atas pemergian suami tercinta.

Selepas beberapa hari perasaan sedih menyelubungi diri, pada hari ke-10 pemergiaan arwah, dia mulai sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia.

alt

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh wanita tersebut telah mendapat pebagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata berasa sayu dan simpati atas pemergiaan suaminya.

Mereka turut mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan Rosheila terus bersabar atas dugaan Allah S.W.T ini.

alt

alt

alt

: Riko Minoru Nama Kami

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts