by Oh! Semput
Seorang wanita yang tular selepas didakwa ditengking suami di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran Lapangan Terbang Senai tampil menjelaskan kejadian sebenar.
Menerusi rakaman audio yang dikongsikan seorang pengguna Threads, wanita itu berkata video yang tular sejak semalam sebenarnya berlaku kira-kira empat bulan lalu.
Menurutnya, banyak dakwaan mengenai kejadian tersebut telah ditokok tambah sehingga menimbulkan salah faham terhadap suaminya.
“Video yang awak tengok itu sebenarnya empat bulan yang lepas, tetapi diviralkan (ditularkan) semalam. Benda (perkara) itu sebenarnya sudah ditokok tambah.”
“Anak akak (saya) menangis sebenarnya bukannya dimarahi oleh suami. Dia sendiri terjatuh sebab dekat situ ada batu. Akak ambil dan dukung anak akak,” katanya.
Wanita itu turut menjelaskan dakwaan bahawa suaminya menengking atau memarahi anak mereka adalah tidak tepat.

“Suara suami akak memang kuat. Akak dah hidup lama dengan dia. Akak tahulah percakapannya macam mana, tetapi orang yang viralkan video itu cakap suami akak macam nak bergaduh. Padahal bukan (tidak),” katanya.
Mengulas punca suaminya hadir ke tempat kerja pada hari kejadian, wanita itu berkata pasangannya perlu masuk bekerja pada pukul 7 malam, manakala dia pula diminta menyambung kerja lebih masa (OT) hingga waktu yang sama.
“Suami akak datang ke tempat kerja sebab dia nak masuk kerja pukul 7, tetapi akak kena OT sampai pukul 7 juga. Itu yang suami akak kata akak kena ambil anak dulu sebab dia nak masuk kerja, tetapi masa memang tak mengizinkan,” ujarnya.
Sebelum ini, tular satu hantaran di Threads yang mendakwa seorang lelaki menengking isterinya yang sedang bekerja sambil mendukung anak kecil di hadapan sebuah restoran makanan segera di Senai, sehingga mengundang kecaman ramai netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Akak Dah Lama Hidup Dengan Dia, Suara Dia Memang Kuat” – Akak ‘Fast Food’ Ditengking Pertahan Suami Dari Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.