Hilang di Penampang, Ditemukan di Tambunan

by Oh! Semput


8
SHARES
108
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 00:00:20


Ahmad Jawila

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Polis (DSP) Ahmad Jawila

KENINGAU: Polis Tambunan menemukan kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang di Penampang, di Kampung Tontolob Tambunan dipandu oleh seorang lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Ahmad Jawila memberitahu pada 17 Disember kira-kira jam 2 petang, semasa pengadu menjalankan tugas meronda cegah jenayah bersama seorang anggota polis telah menerima maklumat dari Balai Polis Tambunan memaklumkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna putih dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tontolob Tambunan.

Bertindak atas maklumat itu, pengadu telah pergi ke kampung berkenaan dan mendapati sebuah kereta Perodua Myvi diletakkan di tepi jalan.

“Semasa pemeriksaan dibuat ke atas kereta itu seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri telah mengaku memandu kereta berkenaan.

“Lelaki dan kereta terbabit dibawa ke Balai Polis Tambunan untuk tindakan lanjut dan setelah pemeriksaan dibuat didapati nombor enjin dan casis tidak sama dengan nombor pendaftaran yang digunakan,” katanya.

Ahmad berkata pemeriksaan nombor pendaftaran yang tercatat pada cukai jalan kereta itu mendapati ia telah dilaporkan hilang di Penampang.

Katanya lelaki terbabit telah ditangkap dan kes dirujuk kepada Polis Penampang untuk tindakan lanjut.



LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts