‘Cara Hilang Stres, Islam Dah Ajar Berzikir, Solat’ – Menteri Tegur Trend Toreh Tangan

by Oh! Semput


10
SHARES
126
VIEWS
Posted on 03 Jun 2023 18:01:04

TREND menoreh tangan bagi mengelakkan stres dalam kalangan pelajar terutamanya yang beragama Islam turut mendapat teguran dari Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Mohd. Na’im turut berkongsikan beberapa potong hadis yang membawa maksud jangan sesekali mencampakkan diri ke arah kebinasaan.

Jelas Mohd Na’im, apa sahaja perkara yang dapat memudaratkan badan sendiri bukannya satu ajaran yang diterapkan Islam terhadap penganutnya.

“Saya mengajak masyarakat di luar sana supaya jangan sesekali kita memudaratkan diri, kita perlu sayang diri sendiri.

“Ada cara untuk kita hilangkan stres. Islam dah mengajar kita untuk berzikir, solat, dan mengingati Allah. Dengan mengingati Allah itu akan tenang rasa hati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini.

Justeru itu, Mohd Na’im menyeru supaya golongan tersebut kembali kepada Al-Quran dan Sunnah supaya tidak terjerumus dalam perkara tidak bermoral seperti ini lagi.

Terdahulu Kosmo! telah melaporkan trend toreh tangan dalam kalangan pelajar semakin serius dari hari ke hari. 

gambar & laporan – Kosmo Digital

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts