by Oh! Semput
Hisense Malaysia kini memperkenalkan barisan paparan laser terbaharunya menerusi siri Hisense Laser Family, yang membawakan tiga model baharu untuk pasaran tempatan iaitu Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, Hisense RGB Laser Cinema PX4PRO dan Hisense RGB Smart Laser TV L9Q.
Ketiga-tiga model ini memfokuskan pengalaman hiburan bertaraf pawagam di rumah dengan paparan bersaiz besar, teknologi laser RGB serta sokongan pelbagai ciri audio visual premium.
Hisense XR10 menawarkan paparan imej (imej yang dipancarkan ke skrin) sehingga 300-inci dengan kecerahan 6,000 ANSI Lumens dan nisbah kontras natif 6000:1. Ia turut didatangkan dengan teknologi pengurangan speckle (berbintik-bintik), sistem penjajaran automatik menggunakan kamera pintar serta sistem penyejukan cecair yang direka untuk memberikan jangka hayat lebih lama. Model ini dijual pada harga RM23,999.
Sementara itu, Hisense PX4PRO Laser Cinema dilengkapi LPU Digital Laser Engine 3.0 dan modul tiga laser RGB. Dengan kecerahan 3,500 ANSI Lumens, Hisense berkata ia menawarkan sehingga 25% lebih cerah, sekali gus membolehkan tontonan tanpa memerlukan langsir gelap walaupun lampu dipasang.
Projektor ini turut menggunakan cip DMD 0.47-inci DLP 8445 serta lensa IRIS untuk menghasilkan imej yang lebih tajam, warna yang lebih tepat dan mengurangkan silau. Ia juga menyokong IMAX Enhanced, Dolby Vision dan sistem audio Devialet. Hisense PX4PRO ditawarkan pada harga RM23,999.
Melengkapkan barisan tersebut ialah Hisense L9Q yang menyokong paparan bersaiz antara 80 hingga 200-inci bersama skrin ALR. Dikuasakan LPU Technology 2.0, ia menawarkan kecerahan 5,000 ANSI Lumens dan nisbah kontras 5000:1, selain menggunakan teknologi laser Trichrom untuk menghasilkan warna yang lebih kaya dan tepat.
Model ini turut menyokong IMAX Enhanced, Dolby Vision Atmos, ciri Autoscreen Fit serta reka bentuk ultra-short throw (UST) yang memudahkan pemasangan di pelbagai ruang kediaman. Hisense menetapkan harga RM29,999 untuk model ini.
Hisense Laser Family kini boleh didapati menerusi pengedar sah Hisense Malaysia di seluruh negara serta platform jualan dalam talian.
{suggest}
Hisense Lancar Siri Laser Family Di Malaysia, Harga Bermula RM23,999 WISER.MY.