Hockademy sedia latih pemain ke tahap tertinggi

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 20:01:30



KUALA LUMPUR: Sedar dengan kelompongan dalam sistem pembangunan hoki, Hockademy tampil dengan inisiatif baharu untuk menyediakan platform terbaik buat pemain ke tahap tertinggi.

Hockademy adalah sebuah akademi hoki ditubuhkan sejak bulan lalu dengan misi menyediakan program pembangunan lebih teratur dan berstruktur.

Sebahagian peserta menunjukkan komimen tinggi pada sesi latihan Hari Terbuka Hockademy di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - NSTP/Azhar Ramli

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hockademy, Muhamad Fariz Mustafa, membayangkan ia bakal menjadi akademi hoki pertama bergerak secara profesional dan menyeluruh termasuk mempunyai pasukan utama yang akan beraksi dalam kempen Liga Hoki Malaysia 2020.

"Secara asasnya Hockademy ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kelompongan dalam sistem pembangunan hoki negara.

Sebahagian peserta menunjukkan komimen tinggi pada sesi latihan Hari Terbuka Hockademy di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - NSTP/Azhar Ramli

"Jurang paling ketara adalah macam mana pemain-pemain di sekolah harian mahu ke satu tahap lebih tinggi kerana latihan di sekolah harian dan kelab adalah lebih kepada asas.

"Jadi, kami percaya dengan program latihan lebih teratur dan tenaga pengajar profesional lebih ramai bakat baharu dilahirkan," katanya pada Hari Terbuka Hockademy di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Penaung Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin (tengah) melihat peserta menjalani latihan hoki di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - NSTP/Azhar Ramli

Buat permulaan program itu dibuka kepada kanak-kanak berusia seawal enam tahun dengan bakat-bakat cilik itu akan melalui empat sesi latihan sebulan.

Setiap pemain berbakat akan diserap ke dalam pasukan elit sebelum dinaikkan pangkat hingga bersedia beraksi dalam Liga Hoki Remaja Malaysia.

Aksi peserta pada sesi latihan Hari Terbuka Hockademy di Stadium Hoki, Bukit Jalil. - NSTP/Azhar Ramli

Difahamkan, Hockademy juga sudah memulakan usaha kerjasama dengan beberapa kelab di Eropah untuk bertukar ilmu hoki selain bertukar pemain selepas penaungnya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin ke sana pada bulan lalu.

Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi Hockademy di talian 018-2100527.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...