Honda Civic Type R 2017 Tampil Garang

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 29 Sep 2016 22:00:56

Honda Civic Type R 2017

Para peminat kereta sentiasa menanti ketibaan model baru Honda Civic Type R 2017.

Kini, penantian itu seakan-akan hampir tiba.

Lagenda kereta buatan Jepun itu secara rasminya telah dipaparkan untuk tontonan umum di dalam bentuk prototaip di Paris Motor Show baru-baru ini. Kebiasaanya, Honda akan mengeluarkan kereta sebenar yang 99 peratus hampir kepada model yang dipertontonkan di khalayak ramai. Pengeluar kereta Jepun ini turut mengesahkan akhirnya bahawa penjualan kereta ini akan dibuka kepada pengedar kereta di Amerika Syarikat. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan, ini akan adalah kali pertama model Honda Type R akan dijual di pasaran Amerika Syarikat.
Dengan dibaluti cat seakan aluminium, bentuk yang garang dengan body-kit, serta karbon fiber pada splitter depan dan tayar 20 inci dipasang pada rim aloi piano hitam. Prototaip kelihatan bersedia untuk cabaran pesaing seperti Ford Focus RS, Subaru WRX STI dan Volkswagen Golf R, tetapi malangnya, Honda tidak mendedahkan apakah jentera kuasa baru yang akan menjana kuasa pecutan kereta ini.

Dijadualkan akan dibina di kilang Honda Swindon di UK bersama model hatchback lima pintu baru untuk pasaran Amerika Syarikat, model pengeluaran secara meluas dijangka akan dilengkapi enjin sekurang-kurangnya 300 kuasa kuda melalui transmisi manual enam kelajuan. Walaupun pesaing-pesaing utama berpindah ke all-wheel drive, Honda dijangka tetap dengan pacuan roda depan, yang akan memberikan elemen pemanduan yang mencabar dan sangat menghiburkan.

Honda tidak mengatakan bila Honda Civic Type R 2017 boleh didapati di Amerika Utara, tetapi penghantaran ke Eropah dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2017. Penghantaran ke Asia belum dimaklumkan lagi, jadi anda mungkin mempunyai banyak masa untuk mula menyimpan wang bermula dari sekarang.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts