Siri HONOR 80 Dilancarkan Di China - Memperkenalkan 3 Model Baharu

by Oh! Semput


16
SHARES
205
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 11:00:27

Dalam acara pelancaran HONOR di China pada Rabu lepas, jenama itu telah melancarkan siri HONOR 80 yang baharu selain memperkenalkan peranti boleh lipat HONOR Magic Vs.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

Siri HONOR 80 memperkenalkan 3 model baharu - HONOR 80 Pro, HONOR 80 dan HONOR 80 SE.

HONOR 80 Pro

Model utama HONOR 80 Pro mempunyai paparan skrin OLED melengkung bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 2700x1224 dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

HONOR 80 Pro dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1, guna OS MagicOS 7 berasaskan Android 12 dan sokongan bateri sebesar 4,800mAh melalui pengecasan pantas 66W.

Versi Pro ini mempunyai 3 tetapan modul kamera - 160MP kamera utama, 50MP ultra-lebar, dan 2MP kedalaman.

HONOR 80

HONOR 80 pula mempunyai skrin OLED 6.67 inci yang lebih kecil dengan resolusi 2400x1080 dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 Pro and Honor 80

Untuk CPU, HONOR 80 akan menggunakan cip midrange Snapdragon 782G yang baru sahaja dilancarkan. Sama seperti 80 Pro, HONOR 80 akan disokongkan bateri sebesar 4,800mAh dan pengecasan pantas 66W.

Di samping itu, pengguna akan dapat menggunakan MagicOS 7 berasaskan Android 12 secara terus dari dalam kotak. HONOR 80 mempunyai sensor kamera utama 160MP yang sama tetapi berbeza dengan sensor yang lain - 8MP ultra-lebar dan 2MP kedalaman.

HONOR 80 SE

Versi mesra poket ini hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.67 inci beresolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Honor 80 series debuts with 160MP main cams, 66W charging

HONOR 80 SE mempunyai 3 tetapan kamera - 64MP sensor kamera utama, 5MP ultra-lebar dan 2MP kamera makro.

Selain itu, versi SE akan dikuasakan cip daripada MediaTek, Dimensity 900. Tidak lupa juga sokongan bateri 4,600mAh dan padanan pengecasan pantas 66W yang sama.

{suggest}

Harga

HONOR 80 Pro dijual pada harga permulaan CNY 3,499untuk variasi 8GB/256GB storan dan CNY 4,099 untuk 12GB RAM dan 512GB storan.

Manakala HONOR 80 pula dijual pada harga CNY 2,699 untuk variasi variasi 8GB/256GB storan dan CNY 3,299 untuk 12GB RAM dan 512GB storan.

Dan versi SE akan dijual pada tanda harga rasmi CNY 2,399

: GSMArena

Gambar utama: GSMArena

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts