Honor of Kings Bakal Dilancarkan Secara Global Tidak Lama Lagi

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 11:00:18

Honor of Kings diumumkan bakal dilancarkan secara global untuk semua pemain di luar China tidak lama lagi. Berita tersebut diumumkan oleh pembangunnya - Level Infinite dalam ciapannya di Twitter.

Memuat kicauan...

Honor of Kings merupakan permainan mudah alih MOBA (multiplayer online battle arena) paling relevan, terkenal dan banyak dimainkan di China. Tambahan lagi, HoK telah berjaya mengutip lebih kurang USD13 bilion (~RM57 bilion) sejak pertama kali dilancarkan pada 2015.

Honor of Kings sentiasa kekal ditangga pertama dalam permainan mudah alih yang mencatatkan kutipan tertinggi dalam transaksi kewangan.

Kredit: Sensor TowerKredit: Sensor Tower

Sama seperti Arena of Valor, ia merupakan versi Barat bagi HoK yang dilancarkan pada 2017. Berbanding AoV, Honor of Kings menawarkan karakter berasaskan mitologi China yang boleh dipilih oleh pemain untuk membina pasukan dan bertarung dengan pasukan lawan.

Selain itu, HoK mempunyai ciri integrasi perbualan pada aplikasi sosial popular seperti Wechat dan QQ di China. Oleh itu, mungkin versi global yang akan dilancarkan ini akan menggantikan aplikasi sosial tersebut dengan WhatsApp, Messenger daripada Facebook ataupun Telegram.

Honor of Kings dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan telah diterbitkan melalui Tencent. Melalui pelancaran global ini, kedua-dua syarikat tersebut mahu melebarkan sayap HoK kepada pemain diserata dunia.

Menurut pembangunnya, ujian beta akan ditawarkan bermula bulan hadapan. Sementara, pelancaran rasmi dikatakan sekitar penghujung tahun 2022.

: The Verge

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts