by Oh! Semput
HONOR Malaysia kini membuka tempahan awal (Early Bird) untuk HONOR Magic9 Pro Max sebelum telefon itu dilancarkan secara rasmi pada 24 November 2026.
Tempahan dibuka mulai hari ini, 17 November, hingga 23 November 2026. Pembeli perlu membayar deposit RM300 untuk menempah telefon flagship itu.
Mereka yang menempah dalam tempoh ini akan menerima pakej hadiah bernilai keseluruhan RM5,006. Pakej itu termasuk HONOR VVIP Magic Care+ dan beberapa hadiah misteri.
Menurut HONOR Malaysia, VVIP Magic Care+ ialah tawaran selepas jualan paling lengkap yang pernah ditawarkan syarikat itu di Malaysia. Ia hanya untuk pembeli Early Bird. Pakej itu merangkumi:
Terma dan syarat dikenakan.
Tempahan boleh dibuat di HONOR Experience Store, kedai dalam talian HONOR Malaysia dan rakan niaga sah, iaitu SenQ dan Senheng sahaja.

Untuk mempromosikan keupayaan kameranya, HONOR Magic9 Pro Max digunakan untuk merakam keseluruhan video muzik Tahun Baru Cina 2027 Astro.
Menurut HONOR, ini kali pertama dalam tempoh 20 tahun Astro merakam video muziknya menggunakan telefon pintar. Video muzik itu akan ditayangkan pada 28 Disember.

Rakaman itu menggunakan mod ARRI CINEMA, hasil kerjasama HONOR dengan ARRI, pengeluar kamera filem profesional. Mod ini menyokong lengkung LogC3 ARRI untuk mengekalkan lebih banyak butiran pada bahagian terang dan gelap.
Ia turut menawarkan sistem ARRI Looks dengan dua Looks lalai dan sembilan Looks bergaya.
Dari segi audio, syarikat mendakwa telefon itu mempunyai Cinematic-Grade Directional Microphone yang dibangunkan sendiri. Mikrofon ini disertakan empat pratetap audio, iaitu Long Range, Close Up, Voice Isolation dan Voice Boost, serta mod tersuai untuk pelarasan manual.
Pelancaran rasmi HONOR Magic9 Pro Max akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook HONOR Malaysia pada 24 November, jam 3 petang. Spesifikasi penuh dan harga akan didedahkan ketika pelancaran itu.
{suggest}
HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal WISER.MY.