by Oh! Semput
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Menerusi kenyataan rasmi PDRM, penegasan itu dibuat bagi menghormati kedudukan Adat Perpatih yang menjadi asas penting dalam sistem pemerintahan, pentadbiran dan perpaduan negeri berkenaan.
PDRM fokus aspek keselamatan, ketenteraman awam & keamanan negeriKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad menyatakan dalam masa sama, PDRM kekal memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan, ketenteraman awam dan keamanan negeri termasuk melindungi nyawa serta harta benda orang awam.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang, tidak terlibat dengan mana-mana pihak serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses semasa.

Beliau turut memberi amaran bahawa sebarang unsur ugutan, provokasi, fitnah atau penyebaran maklumat palsu akan disiasat dan tindakan undang-undang akan diambil jika didapati bersalah.

: Facebook Polis Negeri Sembilan