Hotlink Tawarkan Pakej Internet Dan Panggilan Tanpa Had Serendah RM35 Sebulan

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 04 Jun 2020 10:06:35

Penawar perkhidmatan prabayar Maxis iaitu Hotlink pada hari ini telah memperkenalkan sebuah pakej mampu milik dan berbaloi buat para pengguna. Menerusi pakej yang diperkenalkan, para pengguna berpeluang mendapat akses internet dan panggilan tanpa had serendah RM35 sebulan.

Sebanyak dua pakej yang ditawarkan dimana kedua-dua pakej ini dibezakan melalui penawaran kadar kelajuan internet yang berbeza. Melalui pakej RM35 sebulan, para pengguna berpeluang menikmati internet serta panggilan tanpa had dengan kelajuan maksimum mencecah 3Mbps sahaja.

Hotlink Prepaid Unlimited (BM)

Pakej RM45 sebulan pula tampil dengan tawaran yang sama namun dengan kelajuan sehingga 6Mbps. Bukan itu sahaja, para pengguna melalui pakej ini turut berpeluang menikmati akses premium kepada aplikasi penstriman Viu.

Dalam pada itu, kedua-dua pakej ini tidak menyokong perkongsian hotspot walau bagaimanapun para pengguna berpeluang mendapatkan akses ini menerusi pembelian secara tambahan dengan harga serendah RM1 untuk satu jam.

Hotlink Prepaid Unlimited table (BM)

Untuk pengetahuan, pakej yang ditawarkan adalah sempena promosi daripada Maxis dimana harga sebenar bagi kedua-dua pakej ini masing-masing berharga RM38 dan RM48 sebulan.

Hotlink Prepaid Video (BM)

Bukan itu sahaja, Maxis turut menawarkan pakej yang memfokuskan kepada anda yang kerap menonton video dengan langganan serendah RM25 sebulan. Menerusi pakej ini, para pengguna berpeluang menikmati akses internet pantas 4GB sebulan dan 8GB buat tontonan video.

Pelan ini turut menawarkan data percuma 2.5GB seminggu atau 10GB sebulan membolehkan pengguna menonton menerusi aplikasi YouTube, iFlix, Viu, Tonton dan Astro Go. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dengan pakej terbaru Hotlink ini, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Rangkaian Maxis sebelum ini telah dinobatkan sebagai rangkaian internet 4G terpantas di Kuala Lumpur. Pihak SKMM turut mengesahkannya dimana Maxis merupakan telco terpantas di Malaysia.

Kelajuan Internet 4G Maxis Dinobatkan Yang Terpantas Di Kuala Lumpur

SKMM Sahkan Maxis Merupakan Telco Terpantas Mewakili Seluruh Malaysia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts