Huawei Berdepan 1 Juta Serangan Siber Setiap Hari

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Oct 2019 08:00:28



Reading Time: 1 minute

Serangan bertujuan bagi mencuri teknologi 5G yang dimiliki Huawei.

Berdasarkan laporan oleh laman The Mainichi dari Jepun, Huawei Technologies Co. memberitahu bahawa mereka berdepan sekitar 1 juta serangan siber setiap hari dari seluruh dunia.

Ia termasuklah serangan dari dalam dan luar negara, menurut dari apa yang diberitahu oleh Naib Presiden Kanan Keselamatan Siber Huawei, John Suffolk ketika bercakap kepada Kyodo News di salah sebuah fasiliti Huawei yang terlatak di dalam daerah Dongguan, Guangdong.

Menurut beliau, kebanyakan serangan siber yang berlaku telah dapat di atasi Huawei. Tetapi bagi sebahagian model terdahulu komputer mereka, ada yang telah terkesan dengan isu serangan siber.

Walaubagaimanapun, Suffolk tidak menyatakan secara jelas dari pihak manakah serangan siber itu dibuat.

Namun begitu pada awal bulan lepas, Huawei telah mendakwa pihak kerajaan Trump telah melancarkan serangan siber ke atas mereka untuk menyelinap masuk ke dalam intranet Huawei dan sistem maklumat dalaman mereka.

Suffolk juga memaklumkan, serangan yang dibuat ke atas mereka juga bertujuan bagi mengakses dan mencuri teknologi 5G yang dimiliki mereka.

Huawei Berdepan 1 Juta Serangan Siber Setiap Hari WISER.MY.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...