Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 20 Apr 2026 11:00:22

Huawei kini melancarkan telefon lipat skrin lebar terbaharunya, Pura X Max, untuk pasaran China.

Model ini tampil dengan rekaan yang diinspirasikan daripada kertas A4, menggunakan nisbah skrin √2:1 yang memberikan paparan lebih luas dan seimbang apabila dibuka.

Pura X Max dilengkapi skrin luar OLED bersaiz 5.4-inci dengan puncak kecerahan sehingga 3,500 nits. Skrin dalaman pula berukuran 7.7-inci OLED yang menawarkan kecerahan maksimum 3,000 nits. Kedua-dua skrin ini menyokong kadar segar semula adaptif LTPO 1 hingga 120Hz.

Peranti ini dikuasakan cip Kirin 9030 Pro, bersama gandingan konfigurasi memori dan storan 12GB/256GB, 12GB/512GB, 16GB/512GB serta 16GB/1TB.

Untuk fotografi, ia menampilkan kamera utama 50MP dengan sokongan apertur boleh ubah F1.4 hingga F4.0. Turut disertakan kamera periskop telefoto 50MP dengan 3.5x zum optikal, sehingga 7x zum berkualiti optikal dan 100x zum digital, serta menyokong mod telefoto makro. Kamera ultra lebar pula menggunakan sensor 12.5MP. Untuk swafoto, kedua-dua skrin luar dan dalam masing-masing memuatkan kamera 8MP.

Menariknya, peranti ini turut dilengkapi ciri kamera yang boleh mencadangkan postur terbaik ketika mengambil gambar.

Pura X Max dibekalkan bateri berkapasiti 5,300mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W. Ia turut menyokong ciri kecerdasan buatan (AI), stylus M-Pen 3 Mini, sambungan Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 6.1.

Harga dan ketersediaan

Peranti ini hadir dalam lima pilihan warna iaitu Black, White, Interstellar Blue, Olive Gold dan Vibrant Orange.

Di China, Huawei Pura X Max ditawarkan pada harga bermula 10,999 yuan (~RM6,378). Setakat ini, ketersediaan untuk pasaran global masih belum dipastikan dan berkemungkinan kekal eksklusif di China.

{suggest}

Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China – Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts