Huawei FreeBuds SE 5 Max Ditawarkan Pada Harga Bermula RM159 Di Malaysia

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 07:00:50

Huawei kini menawarkan FreeBuds SE 5 Max sebagai pilihan fon telinga nirwayar baharu untuk pengguna di Malaysia. Walaupun berada dalam segmen mampu milik, Huawei membawakan beberapa ciri yang kebiasaannya ditawarkan pada model yang lebih premium.

Antara ciri utama yang disertakan ialah sokongan ANC sehingga 52dB yang membantu mengurangkan bunyi di sekeliling untuk pengalaman pendengaran yang lebih selesa. Ia turut dilengkapi sistem enam mikrofon terbina bagi memastikan kualiti panggilan suara yang lebih jelas, terutama ketika berada di kawasan yang bising. Huawei juga menyertakan sokongan Hi-Res Audio dan LDAC bagi membolehkan audio beresolusi tinggi didengari pada peranti yang serasi.

FreeBuds SE 5 Max menawarkan sehingga 80 jam penggunaan bersama pod pengecas atau sehingga 10 jam bagi satu sesi penggunaan. Ia juga hadir dengaN IP55 untuk ketahanan terhadap habuk dan percikan air, dalam masa sama menyokong Dual-Device Connection yang membolehkan sambungan kepada dua peranti secara serentak. Fon telinga ini turut serasi digunakan pada kedua-dua peranti Android dan iOS.

FreeBuds SE 5 Max ditawarkan pada harga RM249 namun boleh dibeli pada harga promosi RM159 selepas rebat. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 3 November 2026. Pembeli turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM39, termasuk Huawei Loss Care Service selama setahun dan waranti APAC selama setahun. Tawaran ini juga merangkumi rebat RM90 yang membolehkan harga promosi RM159 dinikmati pengguna.

: HUAWEI MY

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts