Huawei Ingin Memfokuskan Kembali Pasaran Global – Termasuk Perluaskan Pegangan Pasaran HarmonyOS

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 08 Oct 2026 14:00:50

Huawei pada 2019 merupakan antara pengeluar telefon pintar yang besar di arena global, sehinggalah Amerika Syarikat mengenakan sekatan dagangan terhadap Huawei, dan membuatkan mereka kehilangan pegangan pasaran disebabkan tiada akses kepada sistem operasi Android dan juga cip pemprosesan terkini.

Sejak dikenakan sekatan dagangan, pihak Huawei telah lebih memfokuskan kepada pasaran China, dan pada masa yang sama menstruktur kembali supaya tidak bergantung kepada pihak luar. Huawei telah mula membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri, dan pada masa yang sama turut membangunkan sistem operasi mereka Harmony OS.

Kini, dengan perubahan pada pasaran telefon pintar dan kenderaan yang bergerak perlahan disebabkan oleh kekurangan cip, pihak Huawei melihat peluang kembali dalam memperluaskan penawaran mereka ke pasaran global. Richard Yu dari Huawei menyatakan kini mereka menyasarkan untuk memperluaskan pegangan pasaran mereka kembali pada arena global. Untuk makluman, Huawei sedia menawarkan peranti mereka di Malaysia, namun pemasaran dan penawaran tidak begitu agresif seperti sebelum ini. Kemasukkan model baharu juga sangat terhad, dan permintaan dilihat lebih tertumpu kepada peranti boleh-pakai, tablet dan juga komputer riba.

Pada masa kini, peranti Huawei hanya terjual beberapa juta peranti sahaja di luar China, berbanding pada tahun 2019 yang mereka menyasarkan pengeluaran 300 juta unit telefon pintar ketika itu. Selain memperluaskan pengeluaran dan pemasaran peranti pada peringkat global, Huawei juga menyasarkan untuk memperluaskan capaian Harmony OS untuk pasaran global dalam tempoh setahun ke tiga tahun akan datang.

Dengan perkembangan ini, semestinya tahun-tahun akan datang ini akan agak menarik untuk ditonton dalam arena peranti mudah-alih, termasuk dari segpenawaran peranti berasaskan kecerdasan buatan dan juga rekaan baharu peranti di pasaran, dan juga kaedah pemasaran Huawei kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts