Huawei Ingin Perkenal Dua Cip AI Baharu Pada 2027 Dalam Usaha Menyaingi NVIDIA

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 18 Sep 2026 07:00:41

Huawei kini menyatakan mereka akan memperkenalkan dua cip memfokuskan kecerdasan buatan pada 2027 kelak, iaitu Ascend 960DT pada suku pertama 2027, dan Ascend 960PR pada suku ketiga 2027. Pada masa yang sama, Huawei akan turut mengoptimasikan penawaran mereka untuk boleh beroperasi dan berhubung dengan cip AI lain, sekaligus membentuk sistem perkomputeran lebih termaju untuk tujuan pemprosesan.

Langkah ini juga akan memberikan alternatif lebih baik kepada pembangun di China, yang sedia menerima sekatan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat. Pada hari ini, penawaran NVIDIA digunakan meluas di dunia dari segi perkakasan ataupun perisian.

Untuk Huawei sendiri, mereka juga giat dalam membangunkan komuniti pembangun mereka, selain menyediakan perkakasan. Menurut Huawei, kini ekosistem cip AI oleh Huawei mempunyai 5270 pembangun aktif bulanan – dan angka berkenaan dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari.

Di China juga, ia disasarkan pelbagai syarikat akan beralih kepada penawaran Huawei untuk tujuan melatih model AI menjelang 2027, selain untuk inferens dan perkomputeran –  sekaligus bukan sahaja mengurangkan kos untuk tujuan berkenaan, tetapi turut memberikan alternatif lebih kuat berbanding penyedia lain.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts