by Oh! Semput
Huawei Malaysia telah melancarkan tablet andalan terbaharunya, HUAWEI MatePad Pro Max. Dibina berasaskan Cloud Falcon Architecture, peranti ini melakar penanda aras industri sebagai tablet paling nipis dan ringan di dunia setakat ini dengan profil ketebalan hanya 4.7mm dan berat sekitar 509 gram sahaja.
Tablet ultra-premium ini dilengkapi dengan paparan skrin melengkung 13.2-inci 3K Flexible OLED PaperMatte Display yang menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencecah 94%.
Melalui naik taraf teknologi PaperMatte berserta nano-level etching, skrin ini mampu mengurangkan kesan silau dengan ketara serta meningkatkan keselesaan mata untuk penggunaan jangka masa lama.
Bagi menyokong produktiviti gred profesional, MatePad Pro Max dipadankan dengan perisian WPS Office aras-PC yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI), serta menyokong gandingan aksesori pen stilus HUAWEI M-Pencil Pro dan papan kekunci HUAWEI Glide Keyboard.
Di Malaysia, HUAWEI MatePad Pro Max ditawarkan pada harga RM5,999 dan sesi pra-tempahan kini telah mula dibuka melalui Stor Rasmi HUAWEI.

Setiap tempahan akan disertakan bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154 yang merangkumi HUAWEI M-Pencil Pro, tetikus HUAWEI, akses perisian WPS AI, HUAWEI Notes, serta perlindungan jaminan 1 tahun APAC Warranty dan 2 kali penggantian skrin melalui PaperMatte Display Care.
{suggest}
HUAWEI MatePad Pro Max Tiba Di Malaysia – Tablet Skrin 3K Paling Nipis Dunia Pada Harga RM5,999 WISER.MY.