Huawei OSTA O1 Pro Kini Rasmi – Skrin Lebar, Kamera 200MP Dan Bateri 7000mAh

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 20 Nov 2026 14:00:48

Huawei OSTA O1 Pro kini dilancarkan secara rasmi di China sekali gus menjadi telefon pertama yang diperkenalkan di bawah jenama OSTA. Berbeza dengan kebanyakan model Huawei lain, peranti ini memberi fokus terhadap pengalaman AI dan reka bentuk skrin yang lebih lebar.

OSTA O1 Pro hadir dengan skrin OLED 6.39″ beresolusi 1.5K serta nisbah paparan 16:9.5 lebih lebar berbanding kebanyakan telefon pintar di pasaran. Menurut Huawei, reka bentuk ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa menerusi ruang paparan yang lebih luas. Skrin tersebut turut menyokong resolusi 2232 × 1320 piksel, kepadatan piksel 406 PPI dan kadar segar semula 120Hz.

Ini dipadankan dengan cip Kirin 9030S dan HarmonyOS 7 AI Pioneer Edition yang menjadikan kecerdasan buatan sebagai antara fokus utama peranti ini. Antara yang menjadi tumpuan ialah pembantu maya Xiaoxingmang yang mampu memahami tabiat penggunaan dan memberikan cadangan yang lebih sesuai mengikut keperluan pengguna. Turut disertakan ialah pelbagai fungsi AI seperti bantuan kamera, rakaman suara kepada teks, ringkasan automatik serta ciri keselamatan untuk mengesan panggilan, laman web dan kod QR yang berisiko.

OSTA O1 Pro turut hadir dengan kamera utama 200MP, telefoto 50MP serta bateri 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan nirwayar 50W. Ia juga menawarkan perlindungan IP68/IP69, rakaman AI serta sokongan eSIM sebagai ciri tambahan. Di China, model ini dijual pada harga bermula RMB5,499 (~RM3,384).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts