by Oh! Semput
Jika di Eropah Honor View 10 dan Honor 7X dirasmikan, Huawei pula mengumumkan model Huawei Nova 2S di tanah besar China tempoh hari.
Diperkenalkan sebagai telefon pintar flagship, model ini menghadirkan tetapan dwi kamera selfie pada bahagian hadapan dan beberapa ciri-ciri lain yang mampu mengujakan bakal pembeli.
Kalau dilihat dengan mata kasar, ia hampir mirip kepada Honor V10 tetapi sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara keduanya.
Huawei Nova 2S mengetengahkan ciri dwi kamera selfie dan juga dwi kamera utama di belakang tetapi menggunakan cip pemprosesan lama iaitu Kirin 960.
Bagi Honor V10 pula, ia dikuasakan dengan cip pemprosesan baru tetapi dwi kamera hanya pada bahagian belakang sahaja.
Jadi antara dwi kamera selfie dengan kuasa cip pemprosesan, manakah pilihan anda?
Berikut merupakan spesifikasi yang hadir pada Nova 2S.
Harga jualan berbeza mengikut variasi yang ditawarkan.