Huawei Turut Melancarkan MeeTime – Aplikasi Panggilan Video Seakan Face Time

by Oh! Semput


HOME Posted on 26 Mar 2020 23:06:06



Hari ini, Huawei baru sahaja melancarkan peranti mercu terbaru mereka untuk tahun 2020 – iaitu P40 Pro. Selain banyak memfokuskan kepada kamera, Huawei turut menambah baik sistem operasi mereka EMUI. Pada siri P40, ia menjalankan EMUI 10.1.

Perkara baru yang diumumkan pada EMUI 10.1 adalah MeeTime. Ia adalah aplikasi panggilan video tersendiri daripada Huawei. Cuma kali ini, ia terus terbina pada aplikasi telefoni peranti. Boleh dikatakan, ia adalah jawapan Huawei kepada Face Time dari Apple. Melalui MeeTime, pengguna boleh membuat panggilan telefon dari peranti Huawei ke Huawei secara percuma dengan menggunakan sambungan Internet sahaja. Selain itu, aplikasi ini turut boleh membuat panggilan suara HD dengan sambungan Internet. Jika pengguna memiliki televisyen pintar, paparan panggilan video ini boleh dilontar terus ke paparan lain. Dengan kuasa GPU Turbo, ia turut boleh mengoptimasikan imej menjadi lebih tajam. Seperti Google Duo, ia turut boleh menjadikan imej panggilan video lebih terang jika pengguna berada di kawasan yang gelap.

Nampaknya, trend menyertakan aplikasi panggilan video pada aplikasi telefoni adalah trend baru. Kita sudah lihat pada Samsung Galaxy S20, mengintegrasikan Google Duo. Tahun lepas pada siri OnePlus 7/7T, Google Duo turut diintegrasikan kepada Oxygen OS. Disebabkan peranti Huawei tiada GMS, mereka terpaksa hadir dengan alternatif tersendiri. Buat masa ini ia terhad kepada peranti P40 sahaja dan hanya akan diedarkan kepada peranti Huawei lain dalam kemaskini EMUI 10.1

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...