Hujan rahmat iringi kejayaan Nora Danish, selesai khatam al-Quran sekali lagi

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 May 2021 18:31:40



Impian murni pelakon cantik, Nora Danish untuk khatam al-Quran sekali lagi pada bulan Ramadan tahun ini akhirnya tercapai apabila dia memuat naik kejayaan tersebut di media sosial petang tadi.

Pada tahun lalu, Nora, 39 telah khatam al-Quran buat pertama kali di bulan Ramadan dan ingin mengulangi kejayaan tersebut pada tahun ini dengan meminta bantuan ustazah bagi menyemak bacaannya.

Dalam perkongsian pelakon wanita itu, dia meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana memberinya peluang sekali lagi untuk menghabiskan bacaan kitab suci al-Quran dalam masa sebulan sepanjang puasa.

Tambah isteri kepada Nedim Nazri Aziz ini lagi, hujan rahmat mengiringi kejayaan kecilnya itu dan dia terus memanjatkan doa ke hadrat yang Maha Esa.

alt

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat Nora Danish, dia telah menerima ucapan tahniah daripada suami tercinta, rakan-rakan selebriti dan juga para peminatnya yang tumpang gembira dengan kejayaan tersebut.

Mereka juga turut mendoakan agar pelakon berkenaan terus istiqomah melazimi bacaan ayat suci al-Quran ini dan semoga pahala yang diperoleh dilipat gandakan oleh Maha Pencipta.

alt

alt

alt

alt

alt

: Nora Danish

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News