by Oh! Semput
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelaras bantuan sewajarnya kepada adik bongsu anggota tentera Truper K. Indiran, K. Maitraashini yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Greenlane.
Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan arahan telah diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan segala bentuk sokongan pendidikan dapat disalurkan dengan teratur.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni ibu mendiang, S. Usha, serta tiga adik Indiran bagi bertanya khabar dan memberikan sokongan moral, selain menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga selepas kehilangan insan yang menjadi tunjang utama mereka.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut kelihatan sebak ketika mendengar luahan Usha yang masih berduka atas pemergian mengejut anak sulungnya.
Terdahulu, Truper K. Indiran, seorang anggota tentera berusia 22 tahun, meninggal dunia pada 19 Februari 2026.

Artikel lain: KPM utamakan kanak-kanak B40, perluas prasekolah percuma
Mendiang ditemui tidak sedarkan diri di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang pada 18 Februari dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Bedah siasat awal tidak menunjukkan tanda kecederaan fizikal.
: Bernama