Ini ialah Spesifikasi Penuh Snapdragon 765 Dan 765G – Pemproses Peranti 5G Kelas Pertengahan

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 Dec 2019 07:02:29



Menerusi Snapdragon 765 dan 765G, Qualcomm menghasilkan pemproses 5G untuk kelas pertengahan bagi memastikan teknologi selular ini akan dapat digunakan oleh lebih banyak pengeluar. Spesifikasi penuh pemproses ini telah dikongsi pagi ini ketika acara Snapdragon Summit 2019.

Snapdragon 765 dilengkapi lapan teras dan dihasilkan menerusi teknologi 7nm Samsung EUV. Konfigurasi CPU yang digunakan adalah agak menarik iaitu 1+1+6 dengan 1x Kryo 475 Prime (berasaskan Cortex A76) 2.3GHz, 1x Kryo 475 Gold (berasaskan Cortex A76) 2.2GHz dan 6x Kryo 475 Silver (berasaskan Cortex A55) 1.8GHz.

Pada waktu yang sama ia dipadankan pula dengan GPU baharu Adreno 62o yang juga 20% lebih berkuasa berbanding Adreno 618 pada Snapdragon 730. Dengan penggunaan GPU ini, peranti boleh menyokong skrin FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz atau UHD dengan resolusi 60Hz.

Perbezaa diantara Snapdragon 765 dan 765G terletak pada kelajuan Kryo Prime yang lebih tinggi 2.4GHz dan GPU Adreno 620 yang 38% lebih pantas berbanding Adrenoi 620.

Kedua-duanya dilengkapi cip ISP Spectra 355 pula yang menyokong kamera sehingga 192 MP dengan kemampuan merakam video sehingga 4K 30FPS dan gerak perlahan 720P 480FPS.

Pemproses Snapdragon 765 boleh dipadankan dengan modem X52 5G yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 3.5GBps dan muat naik sehingga 1.65Gbps. Akhir sekali terdapat sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 lengkap dengan codec audio aptX Adaptive dan Qualcomm TrueWireless Stereo Plus.

Peranti pertama yang akan menggunakan cip ini ialah Redmi K30 yang akan dilancarkan pada 10 Disember kelak di China,

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...