India lockdown, penduduk kian derita

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 26 Mar 2020 13:02:32

Kerajaan India menguatkuasakan perintah lockdown bagi membendung penularan Covid-19. — Foto AFP
Kerajaan India menguatkuasakan perintah lockdown bagi membendung penularan Covid-19. — Foto AFP

NEW DELHI, 26 Mac — Rajib yang bekerja di Bihar, timur India, hilang mata pencarian dan langsung tidak mempunyai duit untuk meneruskan kehidupan.

Pagi 25 Mac, hari pertama perintahlockdowndikuatkuasakan untuk tempoh tiga minggu, akibat wabak Cocid-19, dia cuba meminjam duit daripada kawan-kawan.

“Sejak beberapa hari lalu saya tidak mempunyai kerja. Cuba pinjam duit kawan-kawan. Seorang kawan beri saya sebungkus beras, macam mana saya nak hidup tanpa pendapatan,” kata Rajib kepada Bernama.

Kebiasaannya Rajib boleh mendapat pendapatan kira-kira 600 rupee (kira-kira US$8) sehari dengan membawa beca elektrik. Setiap bulan beliau memperoleh 15,000 rupee selepas ditolak sewa beca sebanyak 3,000 rupee.

Dengan hasil pendapatan tidak seberapa itu, digunakan untuk membayar sewa bilik, perbelanjaan harian dan dikirim ke kampung.

“Saya bersedia untuk buat kerja lain, malangnya semua pekerjaan tidak dapat dilakukan, nak balik kampung tak dapat kerana perkhidmatan bas dihentikan,” kata Rajib.

Media melaporkan terdapat pekerja migran berjalan kaki pulang ke kampung halaman masing-masing.

Radheshyam Patel, berjalan kaki sejauh 150 kilometer dari bandar Ahmedabad di Gujarat ke kampung halamannya di Rajasthan bersama 50 pekerja migran yang lain.

Beliau dan rakan lain memutuskan untuk pulang ke kampung selepas Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan India akan diletakkan di bawah perintah lockdown bermula Selasa malam.

“Kebanyakan kami bekerja di kedai minuman dan makanan di Ahmedabad. Majikan suruh kami balik kampung kerana kami tidak akan dibayar gaji,” katanya.

Jutaan penduduk di India tertumpu di pusat bandar raya seperti New Delhi dan Mumbai untuk mencari rezeki, pastinya perintah kawalan itu menyukarkan kehidupan kerana tidak mempunyai pendapatan.

Modi berkata langkah lockdown terpaksa dikuatkuasakan di setiap bandar, kejiranan dan kampung demi melindungi rakyat dan negara.

Namun, bagi penduduk India yang hidup dalam kemiskinan pastinya keadaan ini akan menambah lagi kesengsaraan. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts