20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun RM1,000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 01 Aug 2020 19:00:35

Fiza Kamarudin
Berita
20 Individu Pertama Dikenakan Kompaun RM1,000 Hari Ini Sebab Tak Pakai Pelitup Muka

20 individu dikenakan kompaun RM1,000 hari ini kerana tidak mengenakan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Ini menjadikan 20 individu tersebut sebagai yang pertama dikenakan kompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Difahamkan, 20 individu tersebut sedang melepak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), ketika operasi dijalankan jam 1.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata operasi tepat jam 12 tengah malam tadi selaras dengan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat sesak bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

"Di R&R itu ada sekumpulan individu melepak dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

"Kompaun dikeluarkan kerana gagal patuh SOP mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Noorzainy berkata, polis daerah itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kegagalan mematuhi SOP dan akan memantau mulai hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada 23 Julai lalu telah memberi amaran pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos.

Beliau turut menegaskan rang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

: BH Online
Foto: PDRM

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts