Indonesia: Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 2,000 meter

by Oh! Semput


11
SHARES
141
VIEWS
Posted on 02 Dec 2023 15:01:21

GUNUNG Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat.

usan abu itu berlaku sebanyak dua kali iaitu pada pukul 7.27 malam dan 7.47 malam (waktu tempatan) yang mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut pusat pemantauan gunung berapi negara, PVMBG.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan Desa Selo di Boyolali dan Desa Sawangan di Magelang turut terkesan akibat hujan abu itu.

Ketua Desa Klakah, Marwoto yang mengesahkan kejadian itu memberi jaminan bahawa situasi adalah terkawal.

Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa tempatan mengedarkan pelitup muka dan mengarahkan Village Alert Team siap sedia untuk diaktifkan dan menjalankan rondaan.

Gunung Merapi mula menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi sejak 11 Mei 2018 dan berada dalam status berjaga-jaga sejak 5 November 2020. – Bernama, 2 Disember, 2023.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts