Industri Muzik Perkenal Label Kandungan Dijana AI Dan ‘AI-Assisted’

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 11 Jul 2026 14:30:22

Beberapa organisasi utama industri muzik pada Jumaat memperkenalkan sistem pelabelan untuk kandungan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif, yang diharap dapat diterima pakai secara meluas di seluruh industri.

International Federation of the Phonographic Industry (IFPI) dan Recording Industry Association of America (RIAA) mengumumkan label sukarela itu bersama enam lagi organisasi termasuk The Recording Academy.

“Peminat mahu mengetahui sama ada dan bagaimana AI generatif digunakan,” kata ketua pegawai eksekutif IFPI dan RIAA dalam satu kenyataan bersama.

“Menerusi label ini, kami dapat menyediakan pendekatan yang mudah difahami dan mudah diperluaskan bagi meningkatkan ketelusan.”

Dua label diperkenalkan menerusi sistem tersebut.

Label pertama ialah “AI-generated”, yang digunakan untuk muzik yang sebahagian besar atau keseluruhan elemen kreatif rakamannya dihasilkan oleh AI.

Ia merangkumi lagu yang dijana sepenuhnya menggunakan arahan (prompt) AI, termasuk vokal utama dan trek instrumen utama yang turut dihasilkan oleh AI.

Label kedua ialah “AI-assisted”, iaitu rakaman muzik yang masih dihasilkan sebahagian besarnya oleh manusia dan mengekalkan kreativiti manusia, tetapi mengandungi beberapa elemen ekspresif yang dijana menggunakan AI.

Bagi kategori ini, vokal utama dan instrumen utama masih perlu dipersembahkan oleh manusia.

Sistem pelabelan sukarela itu direka untuk digunakan secara meluas di peringkat global, termasuk pada platform penstriman muzik.

Platform penstriman muzik Deezer kini secara automatik menandakan trek yang dijana AI, yang menurut syarikat itu kini merangkumi hampir separuh daripada kandungan baharu yang dimuat naik.

Pada Jun lalu, Deezer turut melancarkan pengesan muzik AI yang didakwa mempunyai ketepatan sehingga 99.8%.

Awal tahun ini, seorang eksekutif Apple Music memberitahu Billboard bahawa lebih satu pertiga daripada kandungan baharu yang dimuat naik ke platform itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan AI.

Sementara itu, Digital Media Association (DIMA), yang mewakili syarikat penstriman termasuk Apple Music, Amazon Music dan Spotify, berkata pihaknya mengikuti perkembangan sistem pelabelan itu dengan teliti.

Menurut DIMA, maklumat metadata AI yang lebih terperinci dan tepat akan membantu memperkukuh ketelusan yang diharapkan oleh pengguna.

“DIMA sejak sekian lama menggesa pencipta, pemilik dan pengedar muzik supaya menyediakan metadata yang tepat dan tepat pada masanya bagi semua muzik yang diedarkan ke platform penstriman,” kata Ketua Pegawai Eksekutif DIMA, Graham Davies.

Pada April lalu, Spotify memperkenalkan label “Verified by Spotify” bagi menunjukkan ketulenan identiti seseorang artis, manakala tahun lalu syarikat itu turut mengumumkan usaha baharu untuk menyokong pendedahan penggunaan AI serta membanteras penyamaran identiti.

Spotify enggan mengulas lanjut mengenai pengumuman itu, manakala Apple Music dan DIMA tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan AFP. – AFP

Industri Muzik Perkenal Label Kandungan Dijana AI Dan ‘AI-Assisted’ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts